Orang Shah Alam bakal dapat stadium bertaraf dunia

Oleh INFORAKYAT

Orang Shah Alam bakal dapat stadium bertaraf dunia. Pembaharuan Stadium Shah Alam jelas mengujakan pelbagai pihak khususnya penyokong Selangor yang menjadikan stadium ikonik itu sebagai gelanggang keramat mereka.

Menerusi video acah yang dikongsikan oleh laman Menteri Besar Incorporated (MBI), Stadium Shah Alam bakal menjadi stadium bertaraf dunia dengan kapasiti kira kira 35,000 hingga 45,000 tempat duduk.

Stadium terbabit turut memiliki papan skor elektronik, ruang legar mesra orang kelainan upaya (OKU), ruang korporat dan bilik persalinan.

Orang Shah Alam bakal dapat stadium bertaraf dunia

Antara lain, stadium baharu itu dilengkapi kawalan kelembapan dalaman (indoor humidity control), ‘ETFE ceramic coating’ serta sistem penyejukan tempat duduk.

Lebih menarik, stadium terbabit bukan setakat boleh menjadi gelanggang bola sepak semata-mata namun boleh menjadi venue untuk acara dalaman.

Ini kerana padang terbabit boleh ‘disembunyikan’ menerusi penggunaan ‘retractable pitch’ untuk bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

Tampil dengan rekaan inovatif, pembangunan semula Stadium Shah Alam turut memberi fokus kepada kelestarian dan zon aktiviti gaya hidup sihat.

Ini menerusi pembinaan taman permainan di sekitar stadium, kemudahan komuniti serta zon rekreasi hijau selain hab rekreasi dan komuniti lestari yang turut dilengkapi dengan ruang niaga dan ruang komersial.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan dengan kos pembangunan semula Stadium Sham Alam yang menelan belanja sehingga RM787 juta, kompleks baharu stadium keramat itu dijangka lebih baik dari Anfield.

BACA: 

Ini 10 senarai wanita islam terkaya di dunia, yang paling akhir paling padu

Majoriti setuju pengeluaran KWSP, nantikan berita baik