Orang ramai teruja tengok Proton X90 diuji di lebuhraya NKVE

Orang ramai teruja tengok Proton X90 diuji di lebuhraya NKVE

Orang ramai teruja tengok Proton X90 diuji di lebuhraya NKVE. Agak lama juga kami tidak menyiarkan artikel berkaitan foto intipan bakal model Proton X90 (namakod VX11) kan? Unit ujian model yang dikatakan oleh Guy Burgoyne sebagai sebagai cross MPV pertama dari Geely itu telah dikesan sekitar lebuh raya NKVE, petang semalam.

Foto-foto tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook sahabat sekutu kami, The Ajerul dan masih lagi sarat dengan pelitup penyamaran. Buat masa ini belum ada maklumat terkini berkenaan model crossover MPV tersebut yang dijangka bakal dilancarkan tahun hadapan.

Di Filipina, model ini dikenali sebagai Geely Okavango dan dari segi penggayaan, ia kelihatan seperti sebuah SUV dengan bentuk badan yang nampak ‘sado’, garis karektor bersudut tepat dan lega tanah yang agak tinggi.

Orang ramai teruja tengok Proton X90 diuji di lebuhraya NKVE

Orang ramai teruja tengok Proton X90 diuji di lebuhraya NKVE

Ruang kabinnya menggunakan konfigurasi seperti-MPV dengan susun atur ruang fleksibel, yang mempunyai 19 konfigurasi tempat duduk. Tempat duduk baris keduanya boleh dilipat satu per satu bagi memaksimumkan ruang.

Di Filipina, Geely Okavango ditawarkan dalam dua varian iaitu asas (Comfort) dan andalan (Urban). Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh enjin tiga silinder petrol 1.5 liter turbo dengan sistem hibrid ringan 48-volt yang mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dan 300 Nm daya kilas.

Kombinasi enjin petrol dan hibrid ini digandingkan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (7DCT) yang memacu roda hadapan.

BACA:

Pembantu khas menteri mula hukuman penjara 2 tahun hari ini

Kecoh ahli politik curang dengan isteri, keluar dengan artis terkenal pula

CATEGORIES