Orang ramai terkejut tahu hobi baru Sultan Johor

Orang ramai terkejut tahu hobi baru Sultan Johor

Orang ramai terkejut tahu hobi baru Sultan Johor. Melihat personalitnya nampak garang dan tegas tapi hatinya lembut dan sentiasa dekat dengan rakyat. Mungkin itu boleh dikongsikan mengenai sisi istimewa baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Terbaharu baginda Tuanku berkongsi hobi baharunya iaitu membuat cincin daripada sejenis spesies siput.

Siapa sangka cengkerang siput itu memberi nilai istimewa pada mata baginda.

Memetik Facebook Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kelihatan baginda tekun memilih batu cincin untuk mengurniakan cincin khas sebagai kenangan buat kakitangan Istana.

Istimewanya batu berkenaan digilap sendiri oleh baginda Tuanku sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadi.

Terdahulu, baginda mendapat ilham itu melalui hobi baharu iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.

Orang ramai terkejut tahu hobi baru Sultan Johor

“Almarhumah bonda saya pernah kurniakan satu cincin sebegini ketika saya muda dan kini saya turunkan ia kepada (DYAM) Tunku Mahkota.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatkannya sendiri. Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO), baru-baru ini.

Baginda juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ (pin lengan baju) dan pin tali leher baginda.

Kurniaan itu bukanlah yang pertama kali tetapi sudah menjadi kelaziman kepada baginda Tuanku.

Padas September 2019, Tuanku mengurniakan 10 buah kereta Myvi kepada kakitangan Wad Diraja Sultanah Aminah (HSA).

Menerusi hantaran Facebook, baginda bertitah pengurniaan berkenaan adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

BACA:

Pemandu salahkan Tesla jadi punca kemalangan maut, ini yang berlaku

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

Selepas 3 dekad, penyanyi lagenda Zaiton Sameon akhirnya dapat kad OKU

CATEGORIES