Orang ramai persoal kelulusan rumah teres bentuk kuil dibina. Seorang lelaki bimbang pembinaan rumah tanpa kelulusan bentuk seperti ‘kuil’ di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin Negeri Sembilan.
Rumah bentuk ‘kuil’ itu boleh mewujudkan sentimen perkauman dan ketidakselesaan kepada penghuni Taman Surian terutamanya rumah berhampiran memandangkan ianya bersambung ke kediaman Halim Hassan dan perkara ini sudah dilaporkan ke pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 14 Februari lalu.
Pihak MBS sudah mengeluarkan notis arahan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh bermulanya pengubahsuaian dari tahun 2019 untuk memberhentikan kerja kerana dipercayai pengubahsuaian tiada kelulusan.
Isu ini tidak meleret panjang jika jiran berkenaan mengambil langkah mematuhi arahan MBS dan juga pihak MBS ambil tindakan tegas memastikan pematuhan berlaku.
Halim bagaimanapun berkata, dia tidak nampak sebarang tindakan seperti memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.
Ini kerana pemilik kediaman itu dipercayai mencabut ‘tali kuning’ yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian. Dan setelah beberapa kali aduan dibuat, masih tiada lagi tindakan susulan dari pihak MBS.
“Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.
“Pada 29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan `porch` rumah, kerosakan pada cermin motorsikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.
“Kami bernasib baik kerana tidak ada ditempat batu bata jatuh dan kebiasaannya disinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.
“Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap didinding bilik dan ruang tamu.
“Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertusuk dengan paku yang digunakan selain simen dan habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab,” katanya ketika menghubungi Media Variasi.
Aduan Halim dibawa ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi tindakan selanjutnya.
Susulan aduan Halim ke MBS, pemilik kediaman itu dipercayai menyerang dengan menumbuk kereta dan cermin sehingga retak.
“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Mantin, Nilai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman ketika dihubungi Media Variasi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan -MV
BACA:
Siapa sangka pengemis ini ada wang simpanan hampir RM200K dalam bank
Halang laluan, orang ramai puas hati tengok Vellfire kena himpit dengan bas
TMJ kecam jurulatih baru FAM, asal JDT semua dia angkut main