Orang ramai panik tengok ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan

Orang ramai panik tengok ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan. Rakaman ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan cetus tanda tanya ramai.

Baru-baru ini netizen gempar dengan satu rakaman yang memaparkan cahaya aneh di langit dipercayai di Laut China Selatan sehingga menjadi tanda tanya.

Menerusi posting Facebook Penang Press, cahaya itu didakwa dirakam oleh seorang pekerja kapal di Laut China Selatan sekitar jam 7.30 petang, Khamis lalu

Orang ramai panik tengok 'cahaya aneh' di langit Laut China Selatan

[bg_collapse view=”button-blue” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

“Rakaman oleh sahabat yang bekerja kapal 7.30 petang, 23 Disember 2021. Gambar dirakam oleh pekerja kapal berkenaan di Laut China Selatan tetapi masih lagi menjadi tanda tanya.

“Mungkin ada sambutan bunga api kot?,” kata Penang Press menerusi kiriman Facebook itu.

Bagaimanapun, cahaya tersebut berkemungkinan daripada roket China, Long March-7A yang dilancarkan ke angkasa lepas pada hari yang sama.

Memetik laporan XinhuaNet, roket itu dilancarkan pada jam 6.12 petang (waktu Beijing) di Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di selatan Wilayah Hainan untuk menghantar satelit yang dikenali sebagai Shiyan-12 01 dan Shiyan-12 02 ke orbit pratetap.

Rakaman ‘cahaya aneh’ di langit Laut China Selatan cetus tanda tanya ramai

Difahamkan, Shiyan bermaksud eksperimen dalam bahasa Cina dan ia dibangunkan oleh Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China.

Kedua-dua satelit itu akan melakukan tinjauan persekitaran angkasa lepas dan ujian teknologi lain yang berkaitan di sana.

Long March-7A adalah roket versi ubah suai daripada Long March-7 yang mempunyai tiga peringkat dan panjang keseluruhan 60.7 meter, menjadikannya sebagai roket tertinggi dalam perkhidmatan di China.

Tonton:

Baca:

Nelayan terkejut jumpa ipad dan macbook dalam kotak terapung di laut

Tak ada rezeki, duit ratusan ringgit dalam tabung habis dimakan anai-anai

Hadiah Lamborghini kepada suami, rupanya ada hajat yang si isteri mahu..
[/bg_collapse]

CATEGORIES