Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai

Oleh INFORAKYAT

Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai. Kenaikan mendadak harga barangan di pasaran membuatkan pengusaha dan penjual roti canai tiada pilihan melainkan menaikkan harga makanan itu.

Pemilik Maam Maju Corner yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 60, berkata, dia menaikkan harga roti canai sebanyak 20 sen kerana harga tepung, minyak masak dan kacang dal meningkat.

“Saya terpaksa menaikkan harga roti canai daripada RM1.20 ke RM1.40 setimpal dengan peningkatan harga barangan mentah di pasaran sekarang.

“Saya berharap selepas ini tiada lagi peningkatan drastik harga barangan mentah dan tiada lagi masalah stok barangan mentah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Pengusaha restoran, Norliana Musa, 43, berkata, selain kenaikan harga barangan, perniagaannya turut terkesan dengan kesukaran mendapatkan barangan mentah di pasaran.

Orang ramai mula terasa kenaikan harga roti canai

“Memang susah mendapatkan tepung yang saya selalu gunakan untuk menghasilkan roti canai dan usaha membeli tepung itu secara pukal juga sukar.

“Saya terpaksa menggunakan tepung jenama lain dan perlu menyesuaikan sukatan (tepung) yang diperlukan untuk menghasilkan roti canai saya lembut dan garing,” katanya yang mengusahakan Norliana Cafe.

Pekerja restoran Barakath Noor Wangsa Maju, yang dikenali sebagai Riswan, 42, berkata, setakat ini tiada lagi kenaikan harga roti canai di restoran tempatnya bekerja.

“Kami masih menunggu maklumat lanjut daripada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia mengenai harga terkini untuk semua pilihan roti canai, buat masa ini harga roti canai di restoran kami masih kekal,” katanya.

BACA:

Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri

Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular, sekali ini yang jadi

Remaja buat content Tiktok terbunuh kena rempuh dengan lori