Orang ramai berdepan denda RM6000 jika kutip ‘benda’ ini ditepi pantai

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Orang ramai berisiko dikenakan denda sehingga RM5,993 jika mereka tertangkap mengutip batu kerikil

semasa melawat pantai-pantai di kawasan tersebut.

Menurut keterangan dari Majlis Bandar Raya Cumberland, denda ini juga akan dikenakan

kepada sesiapa yang mengalihkan apa-apa jenis cengkerang semasa melawat pantai.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Orang ramai berdepan denda RM6000 jika kutip 'benda' ini ditepi pantai

Jurucakap Majlis Bandar Raya Cumberland, Neil Dixon, menjelaskan bahawa cengkerang dan batu kerikil memainkan peranan penting dalam ekosistem pantai.

Mereka bertindak sebagai penghadang semula jadi dan membantu melindungi tanah daripada hakisan pantai dan banjir.

“Walaupun mungkin kelihatan tidak berbahaya untuk mengambil beberapa batu dan kerikil dari pantai,

tindakan itu sebenarnya boleh memberi kesan negatif kepada ekosistem yang terdapat di sini,” katanya

BACA: “Tiada siapa tahu status aku, aku janda golongan profesional gred 44, aku tak nak salah pilih suami, aku sanggup pergi lamar suami”