‘Orang lain merungut isteri membebel tapi isteri aku senyap je, sebab perangai isteri macam ni, aku terjebak dengan perempuan lain’

Oleh DAHLIA MARZUKI

Assalamualaikum semua. Aku merupakan pegawai pegawai kerajaan bahagian professional.

Aku rasa semua maklum berapa sangat lah gaji kakitangan kerajaan gred 41. Isteri pula, bekerja di syarik4t oil and gas sebagai chief engineer.

Tak perlu aku maklumkan di sini berapa gaji isteri aku, cukup la aku katakan berganda – ganda lebih dari gaji aku.

Waktu dulu kami sama – sama susah. Kami bermula dari bawah, tetapi rezeki isteri aku agak mencurah – curah selepas kahwin, berbeza dengan aku masih di gred yang sama.

Mungkin asbab d0sa yang aku lakukan pada dia. Aku tak nafikan, apabila isteri bergaji besar, hidup agak selesa, rumah besar, barang – barang bejenama,

'Orang lain merungut isteri membebel tapi isteri aku senyap je, sebab perangai isteri macam ni, aku terjebak dengan perempuan lain'

berkereta continental, makan pun mewah. Ya, aku tak mampu untuk semua itu, memang isteri aku yang banyak membayar kesemuanya.

Tetapi itulah orang kata, kebanyakan lelaki akan tetap mencari keseronokan lain biarpun isteri dah sempurna. Cuma nasib aku baik, Allah tutup d0sa aku dari pengetahuan isteri sampai sekarang. Cuma itula, Allah baIas dengan cara lain, rumah tangga adik perempuan aku yang huru hara hingga menyebabkan penceraian.

Suami adik aku mempunyai perempuan lain. Aku ibarat tertampar apabila adik perempuan aku berani meminta cerai dengan suaminya. Betullah kata orang, perempuan sekarang tidak heran / takut pada penceraian. Walhal adik aku hanya kerani di jabatan kerajaan dan suaminya pula seorang chief akauntan di sebuah bank.

Waktu kerja isteri aku tidak la sesibuk mana, cuma terdapat waktu – waktu tertentu dia terp4ksa pulang lewat. Isteri aku perfect dari segi banyak segi. Dia cantik, putih, bibir merah tanpa lipstik, tak gemuk dan tak pendek, pembersih, pengemas dan pandai urus anak – anak. Alhamdullilah Allah kurniakan dua orang anak.

Cuma satu saja yang aku perasan, dia memang jarang ketawa, paling kuat pun hanya senyum lebar nampak giginya yang putih. Amat jarang untuk lihat dia ketawa. Isteri aku dulu tak lah pendiam mana, kalau bergayut di telefon minimum 30 minit. Tapi selepas kawin memang jadi pendiam. Pelik aku.

Kalau orang lain merungut isteri membebel, rumah bising, tetapi bukan isteri aku. Rumah aku akan bising dengan suara tv, suara anak – anak. Mungkin ini yang membuatkan aku agak kebosanan. Komunikasi kami sangat lah formal setiap hari, dialog yang sama setiap hari.

Waktu pagi, dialog utama kami ‘hati – hati pergi kerja, jangan nakal – nakal, jaga diri, dah sampai call’. Bila dah sampai office, ‘dah sampai office, jangan lupa breakfast’. Waktu lunch, ‘tangkap gambar makanan, jemput makan, jangan lupa baca bismillah, makan dengan siapa?’, waktu balik kerja, ‘otw balik rumah, hati drive, nak order makan apa hari ni’.

Dah sampai rumah ‘jom makan (makanan biasa aku beli), nak tengok cite apa, nak solat jap, nak madi jap. Bila aku tanya isteri, ok kerja hari ni, ‘biasa je, ok saja macam biasa’. Dia pula tak pernah tanya kerja aku, dia memang selalu diam.

Cakap pendek – pendek, kalau buat karangan aku rasa tak sampai satu muka surat. Boleh dikira berapa patah perkataan sahaja dia keluarkan dalam satu hari. Aku jadi pelik macam mana dia boleh berjaya dalam kerjaya.

Mungkin asbab dia pemurah dengan suami dan anak – anak, keluarga sendiri dan keluarga mertua, Allah murahkn rezeki dia. Aku pernah tegur dia kenapa diam saja tak cakap apa – apa? Aku pulak disoalnya balik, nak cakap apa, takde benda nak cerita pun. Aduh… blank aku.

Masalah ini lah yang membuatkan aku terjebak dengan perempuan lain hampir setahun, tetapi aku dah bertaubat dengan kejadian yang menimpa adik aku. Memang aku buang terus no telefon yang aku pakai untuk perempuan tu. Tak sanggup aku kehilangan isteri dengan anak – anak aku.

Jangan cakap aku sayang dia kerana duit dia, tidak sama sekali, aku berkahwin dengan dia semasa dia biasa – biasa sahaja. Level kami sama. Cuma aku tak pasti bagaimana nak ubah isteri aku supaya menjadi seperti isteri orang lain yang kuat berleter.

Dia sangat perfect dari segala segi, cuma masalah dia adalah terlalu senyap. Jangan usulkan aku untuk bawa dia pergi bercuti dan buat surpr1se, aku tak pernah miss buat surpr1se untuk aniversary dan birthday dia.

Bercuti setahun sekali adalah minimum, tapi biasanya memang isteri aku la yang usulkan tempat untuk bercuti, tapi tu la, selepas bercuti kembali diam seperti biasa. Tolonglah aku bagi cadangan yang bernas. Aku takut aku lakukan kesilapan yang sama. Sekian… – Wan (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Newbie Saham : Wahai confessor rumah kau takda sakinah mawaadah warahmah. Kosong. Ada harta pun, rasa macam kosong. Allah cabut apa yang kau nak. Supaya kau dapat dekatkan diri dengan Allah. Bangun pagi solat taubat, mohon keampunan.

Cium pipi isteri. Buat sarapan untuk isteri dan anak – anak. Buat sampai 40 hari. Tengok apa jadi dengan mood isteri kau. Tak reti masak. Belajar. Jangan banyak alasan. Biar nampak ada usaha kau nak berubah.

Rose Linda Roslan : Setuju dengan rata – rata komen kat sini. Ada dua sebab je: 1) She already knows about your infidelity. She’s smart woman who wrongly chose you as her husband. Probability dia dah tahu ni memang sangat tinggi. Taw4r hati dah.

2) Katakanlah dia memang busy and naive sampai tak tahu kecurangan husband. Dia pendiam sebab pasangan dia yang dull and membosankan. Dah lama kahwin tapi tak reti bersembang dengan isteri or ambil tahu minat dia.

Masa yang ada pergi ngorat perempuan lain, bukannya tackle hati orang yang dah berk0rban lahirkan anak – anak. Aduhai confessor. Dahlah tak kaya, funny and bijak pun tak. Setia pun tak reti. My sympathy to your wife.

BACA: Tak sangka! Rupanya basikat atlet Jepun lagi mahal dari Tesla Cybertruck