Walaupun tidak bersekolah seperti rakan-rakan sebaya, anak sulung penyanyi Ina Naim, Ehmad Hadie,
Beliau tidak berasa kecil hati meskipun ada pihak yang mengkritik dan memandang serong terhadapnya
kerana mengamalkan sistem pembelajaran di rumah (home schooling).
Menurut Hadie, yang kini berusia 16 tahun, arwah bapanya, Suhaimi Saad,
Arwah telah memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan penuh kepada dirinya dan adik-beradik yang lain.
“Alhamdulillah, dengan didikan arwah ayah saya, Suhaimi Saad, saya kini boleh membaca, mengira, dan kebanyakan kawan-kawan saya juga menyokong saya dalam homeschooling ini.
“Memang ada perbezaan antara pergi sekolah dan belajar di rumah, tetapi walaupun ada orang yang kecam, saya tidak terasa pun. Malah, yang komen itu pun ramai yang pergi sekolah, kan?
“Dulu, saya memang belajar setiap hari walaupun orang lain bercuti, termasuk waktu raya.
Kami hanya berehat pada hari Jumaat dan Sabtu. Arwah ayah akan mengajar bahasa Arab pada hari Ahad, Bahasa Melayu pada Isnin, Bahasa Inggeris pada Selasa, Matematik pada Rabu, dan kemahiran hidup pada Khamis,” ujarnya.
BACA: Diarah lepas jawatan Menteri, Setiausaha DAP tampil perjelas status Gobind