Orang buka ladang, dia pun nak buka juga! Gara-gara biar 2000 ayam mati kelaparan, penternak dipenjara 2 tahun
SEORANG pengusaha telur ayam telah dipenjara selepas membiarkan beribu-ribu ayam mati kelaparan di sebuah kandang yang dipenuhi tikus.
Peter Armitage telah digantung permit dari memiliki haiwan untuk 15 tahun akan datang selepas melanggar banyak hak asasi haiwan.
Kesalahan itu telah dilakukan di ladang miliknya di Lochquoy Farm, Durran berdekatan Castletown di Caithness.
Maklumat tanpa nama telah diberikan kepada pihak polis Highland pada 7 Julai, 2017 tentang keadaan ladang yang mendukacitakan itu.
Dua minggu selepas itu pada 18 Julai, pemeriksaan mengejut telah dilakukan ke atas premis tersebut oleh agensi kesihatan tempatan.
Hasil pemeriksaan mendapati banyak bangkai ayam dan telur yang membusuk serta najis tikus di merata-rata tempat.
Standard kesihatan berada pada tahap yang paling rendah di ladang tersebut.
Lelaki berumur 41 tahun itu telah dipenjara dua tahun dan tiga bulan selepas mengakui gagal menyelenggara premisnya dengan baik serta membiarkan kehadiran haiwan perosak yang membawa mudarat kepada haiwan ternakan
BACA:
Diva AA serang Diva BB kerana tiada selendang tetapi ada hati nak tiru Diva AA curi tumpuan ramai