Orang asli mengamuk dengan filem Avatar, ini puncanya

Orang asli mengamuk dengan filem Avatar, ini puncanya

Orang asli mengamuk dengan filem Avatar, ini puncanya. Kemunculan sekuel filem Avatar: The Way of Water mencetuskan kemarahan Orang Asli di New Zealand yang mengkritik naskhah tersebut hanya menumpang glamor semata-mata.

The Washington Post melaporkan, mereka berang kerana filem arahan James Cameron itu sebenarnya mengangkat isu penjajahan dan gambaran perkauman serta budaya yang salah.

Pengkritik, Cheney Poole, 27, berkata, adegan yang memerangkap filem ini muncul ketika penggambaran Na’vi iaitu spesies asing yang diilhamkan daripada beberapa suku Orang Asli di seluruh dunia.

Katanya, puak Na’vi yang menjadi keseluruhan watak utama dalam filem ini banyak dipengaruhi dari suku Maori iaitu Orang Asli Polinesia di New Zealand.

Poole yang berasal dari Christchurch, New Zealand menyifatkan penggambaran filem itu hanya menunjukkan satu lagi contoh untuk memuliakan perbuatan menjajah.

Orang asli mengamuk dengan filem Avatar, ini puncanya

“Filem ini cuba meromantikkan idea tentang apa yang dialami oleh suku Maori dan kebanyakan budaya Orang Asli di seluruh dunia, bahkan menghina penderitaan yang dilalui mereka,” tegasnya.

Cameron menggelarkan filem ini sebagai Avatar kerana ia merupakan sebuah fiksyen sains yang menceritakan semula sejarah Amerika Utara dan Selatan ketika zaman penjajahan awal.

Native American campaign calls for boycott of 'Avatar' sequel - Los Angeles Times

Menerusi temu bual dengan Unilad, baru-baru ini, dia mengambil berat respons Orang Asli New Zealand dan berusaha membuat penambahbaikan menerusi filem seterusnya.

Filem Avatar pertama diterbitkan pada 2009 dengan teknologi 3D dan visual yang menakjubkan sehingga berjaya menjadi filem yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang masa.

Selepas 13 tahun, filem yang menelan kos lebih AS$350 juta (RM1.5 bilion) itu mencipta kejayaan memberangsangkan dengan rekod kutipan AS$175 juta (RM775 juta) pada hari pertama ditayangkan, 14 Disember lalu.

BACA:

Ini petua dari nelayan, cara pilih ikan Gelama sedap buat lauk

“Ni dah level lain ni!” – Roti canai banjir jadi rebutan

Ibu kucing rayu selamatkan anaknya, “tolong, anak saya dalam tong sampah”

CATEGORIES