OPR bank naik 2 peratus, ini kesan kepada kewangan kita yang ramai tidak tahu. Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memutuskan untuk menaikkan Dasar Semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras rujukan kadar faedah pinjaman domestik sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus.
Apa perlu anda tahu tentang kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR yang turut dinaikkan masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus ini?
Apa makna kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas ini sebenarnya?
Bila OPR naik, automatik bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank akan naik. Bila OPR naik, kelayakan untuk buat pinjaman baru dengan pihak bank akan diperketatkan.
Bila OPR naik, jumlah bayaran semula untuk pembelian rumah, kereta, pinjaman peribadi yang baharu juga akan naik.
Bila OPR naik, bermakna keadaan ekonomi negara makin memulih.
Jadi, mengapa perlu naikkan OPR? Tak kesian ke pada rakyat? Kena bayar ansuran bank lagi tinggi!
Sejak pandemik Covid-19, BNM sudah turunkan OPR ke tahap lebih rendah sebanyak lima kali; dari 3.25% ke paras 1.75 peratus.
OPR diturunkan semasa pandemik sebab nak lebihan wang yang rakyat ada digunakan untuk menggerakkan ekonomi.
Kurang bayar pada bank tiap bulan, duit lebihan itu dibelanjakan untuk hidupkan ekonomi dan perniagaan kecil rakyat.
Tapi, kerendahan OPR ini juga menyebabkan inflasi jadi tinggi, sebab semua orang “mampu” untuk berbelanja.
Dengan pasaran buruh asing yang tidak cukup dan rantaian bekalan global yang masih bermasalah sampai hari ni, harga barang meroket. Semua barang naik harga.
Kenaikan OPR perlu untuk menambahkan kekuatan matawang Ringgit Malaysia.
Selain untuk membendung inflasi, kenaikan OPR secara tidak langsung juga akan mengukuhkan nilai Ringgit.
Sejak bulan lalu, ramai mengeluh mengapa nilai Ringgit jatuh teruk berbanding USD & SGD. Amerika Syarikat (AS) dan Singapura masing-masing telah menaikkan kadar imbuhan (interest rate) dan memperketat syarat pinjaman mereka.
Bila OPR (interest rate) naik, matawang dolar di luar AS akan mengalir masuk balik ke AS sebab faedah lebih tinggi.
Malah, matawang asing pun masuk ke bank-bank AS kerana interest rate mereka dinaikkan. Lebih tinggi rate, lebih untung.
Lebih banyak juga wang asing akan digunakan untuk ditukarkan kepada USD dan membeli bon-bon US.
Sebaliknya, jika wang USD mengalir keluar, matawang AS juga akan semakin lemah.
Adakah kenaikan OPR ini perlu?
Bagi hemat saya, ya. Ia sangat perlu. BNM melakukan perkara yang betul untuk mengurangkan impak inflasi dan kukuhkan semula Ringgit.
Kenaikan ini dilihat agak awal, walaupun saya menjangkakan bulan depan, tapi kadar 25 mata ini adalah nilai yang tepat.
Perlahan-lahan, nilai OPR ini akan dinaikkan peringkat demi peringkat dalam tahun ini, menandakan ekonomi makin memulih.
Ia juga sebagai isyarat yang kita mengajak pelabur asing masuk ke Malaysia, sebab interest rate kita bagus untuk bagi keuntungan untuk mereka.
Itulah sebabnya BNM terpaksa naikkan BLR ke 2%. Ia adalah keputusan yang tidak popular, tetapi ia perlu dilakukan.
Begitu juga dengan cukai GST dulu. Tapi itu kita cerita hari lain. Yang penting sekarang, anda perlu semak kembali perbelanjaan bulanan anda. Jangan boros.
Semak balik dengan bank, berapa ansuran bulanan untuk pinjaman yang anda kena bayar. Kalau ada keluarga yang dah tua, tanya khabar mereka. Takut mereka tidak sedar tentang kenaikan bayaran ini.
Jangan terkurang bayar, nanti tak pasal-pasal rosak CTOS anda.
BACA:
Kecoh lelaki mengamuk SENHENG jual hp second, syarikat tampil jawab isu sebenar
Kerana seorang wanita misteri ini, satu Cyberjaya dalam ketakutan!