“Oleh sebab tengah sarat pregnant, aku terpaksa butakan mata saat suami buat kemurkaan depan mata aku sendiri dengan kekasih dia!”

Oleh INFORAKYAT

“Oleh sebab tengah sarat pregnant, aku terpaksa butakan mata saat suami buat kemurkaan depan mata aku sendiri dengan kekasih dia!”

Saya ingat orang lain alami lebih teruk, tetapi saya rasa, kisah saya yang paling tragis sekali.

Sebabnya melihat dan hanya simpan dan pendam dengan kecurangan suami di depan mata di rumah sendiri.

"Oleh sebab tengah sarat pregnant, aku terpaksa butakan mata saat suami buat kemurkaan depan mata aku sendiri dengan kekasih dia!"

Saya terpaksa butakan mata sebab saya sedang sarat mengandung dan tak ada pendapatan..

Salam admin, harap tolong hidekan siapa saya ya. Saya hanya mahukan pendapat dan pandangan dari warga Facebook. Apa yang saya ingin sampaikan dalam penceritaan saya ni, saya sedia di kecam di atas kebodohan diri saya sendiri.

Cerita dia bermula macam ni. Saya merupakan seorang isteri dan mempunyai seorang orang anak, yang kedua bakal di lahirkan tidak lama lagi. Entah macam mana saya nak mulakan ya? Saya sedih min. Sangat-sangat Tak tahu nak cakap macam mana dengan sikap suami saya sendiri.

Sekarang saya tengah hadapi kecurangan suami saya di dalam rumah saya sendiri. Ya, memang pelik tapi itu lah hakikat yang saya sedang saya alami ketika ini. Sejujurnya, saya dah tawar hati dan tiada satu pun perasaan sayang dan cinta pada suami lagi.

Tetapi dek kerana saya masih pregnant dan tidak bekerja saya perlu kan dia untuk kelangsungan hidup untuk berikan makan pada anak saya dan diri saya sendiri. Sebab itu juga asbab saya terpaksa butakan mata suami saya membuat kemurkaan depan mata saya sendiri dengan kekasih dia.

Yang dia kata kan pada saya dia mahu bernikah dengan kekasih dia. Kekasih dia adalah orang seberang. Janda anak satu. Kekasih dia ni bekerja, tapi nak kata membantu sangat dalam kewangan tidak pun. Saya sampai jual HP saya sendiri untuk berikan makan pada anak saya.

Tapi entah lah!! Mesti ramai yang tertanya kenapa saya tak pergi tinggalkan suami je. Bukan tak nak tinggalkan. Saya dah plan bila saya dah bersalin nanti, saya akan kerja. Masa tu saya dah ada pendapatan saya sendiri dan saya akan failkan fasakh.

Terus terang saya katakan saya tersiksa sangat dengan maksiat yang suami buat dengan wanita tu. Dia seorang yang panas baran. Tetapi dia tak pernah sikit pun sentuh saya pukul ke apa tidak pernah. Paling-paling pun maki hamun hina.

Itu semua dah semacam jadi bahan makanan saya. Dan dia akan lepaskan amarah dia pada barang-barang dalam rumah ni. Hubungan kami dah lama toksik dan hambar. Sebelum dia curang lagi kami memang dah tak boleh nak bersama lagi.

Tapi suami saya ni dia memang jenis pandai memujuk. Saya ni plak seorang yang hati cepat memaafkan. Tetapi kali ni saya nekad saya akan bercerai dengan suami saya cuma keadaan sekarang ni memaksa saya untuk teruskan bersama hanya demi anak-anak dan untuk saya lepaskan bersalin anak kedua saya.

Saya bukan tiada keluarga saya. Ada min, tapi saya masih lagi jaga aib suami supaya family saya tidak ketahui apa yang dia dah buat pada diri saya sekarang nie. Saya tahu apa yang saya buat ni memang berdosa. Saya hanya berserah pada Allah swt.

Moga Allah ampunkan dosa saya ketika ini. Saya tak tahu kenapa saya bodoh sangat-sangat membiarkan suami bersekedudukan dengan wanita lain bersama saya dan saya cuba untuk terima yang dia bakal madu saya.

Tetapi saya tawar hati, saya memang akan failkan cerai. Saya tak berdaya nak melakukan apa-apa masa sekarang kerana saya tengah sarat mengandung. Saya dah banyak kali minta cerai tetapi suami berkeras tidak mahu lepaskan saya dan dia kurung saya dalam rumah.

Saya seumpama hidup dalam neraka dunia sekarang ni. Kekasih dia pun langsung tidak memikirkan kesalahan yang dia dah buat. Malah dia lebih control suami saya seumpama saya ni orang asing di rumah sendiri dan dia bagai raja dalam rumah ni.

Apa-apa semua suami lebihkan dia dari saya. Sakit saya tanggung sendiri. Check up pun sendiri. Kadang saya terfikir kenapa saya bodoh sangat sampai macam ni. Ke suami saya bomohkan saya? Tapi saya dah janji dengan diri saya dan saya berjanji dengan semua yang baca luahan ni.

Saya akan tuntut cerai bila lepas pantang nanti.. Saya tak tahu nak luah pada siapa dan saya tak tahu kenapa akhir-akhir zaman ni ramai suami berlaku curang?? Saya ingat orang lain aIami lebih teruk, tetapi saya rasa, kisah saya yang paling tragis sekali.

Sebabnya melihat dan hanya simpan dan pendam dengan kecurangan suami di depan mata dan di rumah sendiri. Min, mohon semua doakan saya kuat hadapi smua ni sehingga saya habis pantang ya. Untuk peringatan pada semua wanita lebih-lebih lagi yang memerlukan kasih sayang tu. Tolong lah bila dah tahu dia tu suami orang ke tunang orang ke?

Elakkanlah, jauhkan diri. Sebab awak bahagia di atas penderitaan orang lain. Ye memang salah atas suami sendiri tetapi kita perempuan Allah berikan akal fikiran. Fikirlah sedalamnya bila berhubungan dengan suami orang.

Janganlah mementingkan diri sendiri. Tau kan kifarah? Jangan ingat awak tak akan dapat kifarah. InshaAllah awak akan terima baIasan dari Allah. Malah lebih teruk lagi kerana menganiaya isteri yang halal buat kekasih awak tu.

Sekian semua. Harap dapat berikan kata-kata semangat pada saya yang sedang berlawan dengan takdir. Dan ujian ni amat besar sekali yang saya pun tidak mampu lagi untuk menerima tetapi perlu kuat demi anak-anak. Assalam.

Komen Warganet :

ماوار جسمين : Puan perlu maklumkan keadaan ini kepada famili Puan untuk sokongan mental dan fizikal. Puan dalam keadaan yang sungguh lemah dan tak berdaya. Tolong bertindak segera Puan. Kasihani anak dan kandungan Puan. Jangan bahayakan diri ya..

Khairunnisa Niesz : Mintak tolong kawan kau bawak kau pergi pejabat agama. Minta pandangan pasal kalau Isteri pertama tak bersetuju dimadukan apa tindakan yg boleh dilakukan. Kemudian tanya pandangan macam mana nk buat tuntutan fasakh..

Nur Nur : Memang la sis pikir anak tapi kita ada mak ayah. Sis nak tanggung dosa ke benarkan diorang buat maksiat dalam rumah tu. Kita ada mak ayah, balik je rumah mak ayah. Jangan nak jaga maruah suami sampai halalkan benda haram.

Benda macam ni kena lawan. Sis berdosa tau bersubahat bagi buat maksiat. Takkan la mak ayah kita nak buang kita, mesti la dia jaga kita. Ni kan pula cucu dia. Tapi ikutlah sis nak buat macam mana. Yang penting sis simpan bukti ambik gambar senyap-senyap ke suami curang, bawak pompuan bersekedudukan dalam rumah, biar senang sis cepatkan proses cerai.

Call JAIS biar kena tangkap basah. Ajar sikit biar dia tau dosa. Kalau buat macam ni senang kes cerai sis nanti. Mintak segala jenis nafkah anak, nafkah iddah semua, jangan tak mintak.

Siti Nur Hafizah Rasidi : Semoga dipermudahkan awak. Ramainya pandai cakap. nak bagi makan anak pun dia terpaksa jual HP, apatah lagi nak pi pejabat agama yang memerlukan banyak duit dengan urusan yang pelbagai dan susah.

Yang penting tak nak susahkan ibu bapa yang mungkin tengah uzur dan tak sihat. Dan belum tentu pegi pejabat agama sekali terus selesai urusan dia., mesti kene pergi banyak kali. Semua tu duit lagi. Betul, awak kerjalah, dah ada income buat lah yang terbaik untuk awak dan anak-anak. Saya doakan awak dimurahkan rezeqi dan segala perjalanan hidup dan urusan awak dipermudahkan. Kuatkan hati demi anak-anak, jaga diri dan jaga kesihatan.

La Li SA : Inilah masalah kita orang pompuan sekarang terlalu tunduk dengan lelaki. Kalau lelaki yang baik berguna tak apa, ni dah terang-terang tak guna. Apa la hasil atau faedah nak masih taat dengan lelaki macam tu. Sudahlah akak, jangan sia-siakan hidup akak. Berjuang untuk hidup akak sendri. Esok lusa balas kalau ada peluang pergi baIas dendam dengan dua orang yang tak guna tu.

Rhiya Aziz : Tak sanggup nak baca sebab kebodohan yang meIampau. Laki duk maksiat depan mata boleh lagi ko nak jaga aib dia depan family.. Tolong simpan sikit bodoh tu sis. Jangan nak baik sangat dengan setan macam tu. Balik rumah mak ko. Bukti fresh depan mata siap bersekedudukan. Bila-bila masa boleh minta fasakh.

BACA:

Rupanya ramai seller online tak tahu ‘PM tepi’ boleh kena denda sampai RM50,000!

‘Ah palat betul company melayu kita ni!’, Gaji tak setimpal pencapaian, boss kereta mewah bersusun, Les Copaque kena kecam lagi?