Obses nak halalkan benda yang haram, tindakan influencer ini promosi ‘soju halal’ undang kecaman netizen

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Sudah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjamah makanan yang halal lagi baik.

Sesebuah makanan haruslah Halal, bersih serta bebas daripada unsur bahan yang Haram.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang influencer menjadi kecaman netizen

Obses nak halalkan benda yang haram, tindakan influencer ini promosi 'soju halal' undang kecaman netizen

apabila mempromosikan sebuah kedai di Bangi yang menawarkan Soju Halal. Untuk pengetahuan Soju merupakan minuman beralkohol yang popular di Korea.

Tindakan influencer ini mempromosikan Soju Halal dengan botol yang hampir sama beserta gayanya membuatkan segelintir kurang senang dengan tindakan yang mampu mempengaruhi orang ramai ini.

Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan meskipun minuman tersebut Halal, tindakan seseorang yang melakonkan seolah meminum arak tidak dibenarkan dalam Islam.

Tidak kurang juga yang berasa kurang selesa dengan pemilihan segelintir individu yang mahu menghalalkan minuman yang asalnya haram.

Sehubugan dengan itu, rata-rata netizen bersetuju seseorang umat Islam sama ada influencer atau sebaliknya seharusnya mengambil berat isu makanan dan minuman yang dijamah agar dapat mengelakkan diri daripada hidangan yang Syubhah dan Haram.

BACA: Suami keluar penjara masa aku tengah mengandung, tapi aku tipu cakap anak dia, ni sebabnya kenapa aku terpaksa tipu