Obses dengan ‘game online’, duit pencen datuk pun dirembatnya

Oleh DAHLIA MARZUKI

Seorang remaja yang terlalu terpesona dengan permainan video online PUBG, telah memindahkan wang berjumlah RM12,931 daripada akaun persaraan datuknya.

Menurut laporan Gulf News, remaja tersebut membuat pemindahan wang untuk melanggan permainan tersebut tanpa kebenaran datuknya.

Datuknya kemudian menyedari kehilangan wang apabila menerima mesej di telefon bimbitnya yang memaklumkan

Pemindahan sejumlah 2,500 rupee (RM141) daripada akaunnya, meninggalkan hanya baki 275 rupee (RM15.46).

Setelah mendapat syak akan penipuan, datuk itu segera menghubungi pihak bank.

Obses dengan 'game online', duit pencen datuk pun dirembatnya

Dalam laporan polis yang dibuat, datuk tersebut menyatakan bahawa dia tidak pernah membuat sebarang pemindahan wang dan tidak pernah menerima kata laluan sekali guna (OTP).

Menurut laporan di laman web berita India, Jabatan Siber Polis Delhi mengesahkan bahawa seorang remaja lelaki berusia 15 tahun telah memindahkan wang daripada akaun pencen datuknya dan menggunakannya untuk membuat pembelian dalam aplikasi di akaun permainan PUBG miliknya.

Polis menjejaki wang yang dipindahkan ke Paytm (dompet mudah alih) atas nama akaun cucu lelaki itu, Pankaj Kumar berusia 23 tahun.

Selepas disoal siasat, Kumar mengakui seorang rakan meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya.

Polis mendapati individu yang menggunakan akaun Kumar untuk membuat pembayaran di Google Play untuk melanggan PUBG adalah remaja tersebut sendiri.

Remaja itu akhirnya ditahan dan mengaku memindahkan sejumlah wang daripada akaun milik datuknya untuk melanggan permainan dalam talian itu.

BACA: “Duit hantaran RM15k tu mana? Takkan nak suruh anak aku je keluar duit! Kau punya gaji buat apa?