NS catat tiada kes baharu positif Covid-19

NS catat tiada kes baharu positif Covid-19
Negeri Sembilan mencatatkan berita baik apabila tiada kes baru positif COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes kekal sebanyak 905 kes.
Negeri Sembilan turut mencatatkan sifar kes kematian baru akibat pandemik ini, menjadikan kes kematian berkaitan wabak ini kekal sebanyak 8 kes.
Saya memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa atas berita baik ini. Semoga rakyat di negeri bertuah ini terus dilindungi dan dihindarkan daripada virus merbahaya ini.
Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya alpa disebabkan berita gembira ini. Teruskan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa.
Sumber:

COMMENTS