Penganjur menyatakan naskhah itu adalah objek yang mempunyai nilai sejarah dan patut dilelong.
Manuskrip ucapan yang ditulis sendiri oleh Adolf Hitler telah dijual dengan harga 34,000 euro (RM170,000) dalam satu acara lelong di Jerman
Pada 22 Oktober 2020 yang lalu. Walaupun begitu, acara tersebut mendapat kritikan luas kerana dianggap menyebarkan pemikiran pemimpin parti Nazi.
Menurut laporan agensi berita Associated Press, manuskrip terdiri daripada sembilan halaman, ditulis oleh Hitler sendiri pada tahun 1939, dibeli oleh individu yang tidak mendedahkan identitinya oleh penganjur, Hermann Historica.
Bagi menjawab kritikan, penganjur menyatakan naskhah itu adalah objek yang mempunyai nilai sejarah dan patut dilelong. Mereka menyatakan pembeli tersebut adalah wakil dari salah satu muzium terbesar di Eropah.
Sebelum ini, kerajaan Jerman telah melarang semua jenis simbol dan promosi ideologi Nazi di ruang awam. Namun, larangan itu tidak termasuk untuk barangan Nazi yang masih boleh dijual dan dilelong, selagi lambang dan simbol Nazi ditutup, lapor Deutsche Welle.
Pengarah Hermann Historica, Bernhard Pacher, berpendapat bahawa teks ini sebenarnya penting dalam membanteras kempen neo-Nazi di seluruh dunia.
Beliau berhujah bahawa jika manuskrip ini dihancurkan, golongan neo-Nazi akan menggunakan peluang ini untuk membuat salinan palsu atau kenyataan yang tidak pernah diucapkan oleh Hitler.
Untuk rekod, Hermann Auction House telah menjual barangan parti Nazi selama 10 tahun. Mereka sebelum ini melelong seragam yang pernah dipakai oleh Hitler pada harga USD$ 300,000, topi Hitler dijual pada harga USD$ 55,000, dan salinan buku propaganda Hitler, Mein Kampf dijual pada harga USD$ 130,000.
Walaupun dikritik keras oleh golongan Yahudi di Jerman, Pacher memberi jaminan bahawa pihaknya tidak akan menjual barangan tersebut kepada sebarang individu. Beliau juga memastikan bahawa mereka yang hadir ke acara lelongan tersebut bukan penyokong Nazi.
Sebelum ini, komuniti Yahudi di Jerman, yang merupakan salah satu sasaran pembunuhan oleh kumpulan Nazi semasa Perang Dunia II, telah mengkritik acara lelongan yang diadakan oleh Hermann.
Bagaimanapun, mereka menganggap Hermann telah mempromosikan watak utama Nazi dan menyebarkan idea-idea anti-Semitisme yang dianut oleh Hitler.
BACA: “Sepupu boleh kahwin, tapi..” Doktor dedah sebab kenapa tak digalakkan kahwin sepupu sendiri