Noor Nabila dedah sudah tiga kali keguguran. “Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata”.
Itu kata Noor Nabila mengenai gosip mengatakan dia kini berbadan dua.
Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, dia kini keguguran kali ketiga dan reda dengan ketentuan Allah SWT buat dirinya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah.
“Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.
“Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.
Nabila dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac tahun lalu.
Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 tetapi bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat yang kini berusia empat tahun.
Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.
BACA:
Haqiem Rusli luah perasaan sedih, tak suka orang kasar tegur isterinya
Sajat umum sudah single selepas berpisah dengan ‘pak arab’
Tragis..pesakit menderita selepas doktor tersilap bedah saluran sperma