Nita Gunawan, 33, menyatakan hasrat untuk mencari pasangan hidup yang memiliki karakter nakal,
kerana baginya lelaki seperti ini lebih memikat dan berbeza daripada kebanyakan lelaki lain.
“Kalau tengok lelaki nakal, nampak macam lebih menarik. Saya lebih suka lelaki yang nakal seperti itu,” katanya.
Menurut Nita, karakter nakal pada lelaki membuatkan mereka kelihatan lebih menyeronokkan dan menarik perhatian.
“Cuma nakal dari segi karakter, tetapi bukan perangainya yang sebenar. Bad boy nampak style,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, pelakon ini turut menjelaskan bahawa lelaki berkarakter nakal lebih mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi, menjadikan hubungan lebih bahagia dan tidak membosankan.
“Lelaki nakal boleh diajak ke mana-mana sahaja seperti berkayak, menonton konsert, dan layan DJ. Malah, boleh diajak ke Bali, kelab pantai, dan sebagainya.
“Lebih seronok kalau seperti itu, jadi saya tidak mudah bosan,” ujarnya.