Nilai ringgit diramal RM3.55 untuk 1 USD hujung tahun 2025

Oleh JUNITA ABD RAHIM

BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, telah menyemak semula unjuran ringgit

Bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meningkat daripada RM4.55 sebelum ini.

Perkembangan ini mencerminkan prestasi cemerlang ringgit dalam suku ketiga 2024.

BMI mengunjurkan ringgit untuk mengukuh sehingga 9.0 peratus pada 2025,

Akan mencecah RM3.55 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun 2025.

Nilai ringgit diramal RM3.55 untuk 1 USD hujung tahun 2025

Susulan itu, mereka menyemak naik unjuran untuk ringgit bagi tempoh itu kepada purata RM3.80 berbanding dolar AS daripada RM4.48 sebelum ini.

Pemacu utama perkembangan ini adalah tindakan pelonggaran dasar sebanyak 125 mata asas pada 2025 yang menyaksikan kadar faedah Fed turun kepada 3.00 peratus menjelang akhir tahun itu.

“Sebaliknya, BNM dijangka mengekalkan OPR pada 3.00 peratus sepanjang akhir 2025,” katanya

BACA: ‘Allah muliakan hang dengan ilmu, hang pula pi banding diri hang dengan penyanyi’