Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti orang biasa, seperti sujud, duduk di antara dua sujud, dan berdiri.
Setiap umat Islam yang memenuhi syarat solat fardu diwajibkan untuk menunaikan ibadah itu pada lima waktu, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak.
Antara syarat sah solat termasuk pakaian, tempat, dan badan yang bersih daripada najis, selain dari waktu yang tepat, aurat yang tertutup, dan arah kiblat yang betul.
Bagi mereka yang sakit atau mempunyai kekurangan upaya (OKU) dari segi fizikal, mereka masih diwajibkan untuk menunaikan solat, walaupun diberikan pengecualian mengikut kemampuan masing-masing.
Baru-baru ini, video seorang lelaki OKU fizikal menunaikan ibadah di sebuah masjid di Indonesia telah menjadi viral di media sosial.
Video tersebut menunjukkan lelaki OKU itu menunaikan ibadah walaupun menghadapi kekurangan fizikal.
Pemilik video yang merakam momen tersebut menyatakan bahawa perkara itu memberi ‘tamparan’ hebat kepadanya.
Dia juga mempertanyakan alasan apa lagi yang boleh diberikan kepada insan yang sempurna untuk tidak menunaikan solat, sedangkan lelaki OKU tersebut tetap menunaikannya.
Kebanyakan netizen yang melihat video tersebut turut terkesan dan tersentuh hati dengan semangat lelaki OKU itu.
Mereka juga menganggap video itu sebagai satu teguran bagi diri mereka sendiri agar tidak menggunakan alasan untuk tidak menunaikan solat.
Beberapa warganet juga percaya bahawa perkongsian video tersebut dapat memberi hidayah kepada umat Islam yang lain.
BACA: Didakwa jadi markas merekrut ahli militan, MAINJ pertimbang robohkan Madrasah Luqmanul Hakim