Niezam Zaidi luah perasaan bila jadi ahli Tabligh, “tak sangka..”

Niezam Zaidi luah perasaan bila jadi ahli Tabligh, “tak sangka..”

Niezam Zaidi luah perasaan bila jadi ahli Tabligh, “tak sangka..”. Pernah melalui episod hitam dalam kehidupan, pelakon Niezam Zaidi mengakui kini jiwanya lebih tenang dan gembira dengan menyertai kumpulan tabligh dari Bangladesh.

Menurut Niezam, 30, penyertaannya dalam kumpulan itu banyak membuka matanya mengenai kehidupan selain melakukannya ikhlas kerana niat kepada Allah SWT.

“Bila ada satu turning point telah berlaku dalam hidup saya, kemudian saya fikir sesuatu perkara yang saya buat hanya kerana Allah dan tak boleh ikut kepala otak sendiri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh NIEZAM ZAIDI (@niezamzaidi)

“Bila niat saya kerana Allah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya ada juga join satu kumpulan tabligh dari Bangladesh dan dekat situ, saya rasa sangat gembira dan saya menyukainya.

Niezam Zaidi luah perasaan bila jadi ahli Tabligh, "tak sangka.."

“Sekarang, saya pandang semua orang baik, saya yang jahat. Itulah apa yang daripada pandangan sekarang ini,” katanya kepada MH.

Niezam ditemui pada malam gala tayangan filem terbaharunya, Remp-It 2 yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terdahulu, Niezam dihukum denda RM4,000 atau penjara 10 bulan atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan pada Oktober tahun lalu.

Niezam mengaku bersalah di atas kesalahan tersebut dan membayar denda yang telah dikenakan.

BACA:

Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula

Kerajaan Perak bergolak lagi, MB dedah PN curi 4 Adun BN

Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”

CATEGORIES