Niat murni wanita ini bertukar tragedi ketika cuba selamatkan kucing terperangkap celah dinding, sekali wanita ini pula tersepit

Oleh INFORAKYAT

Niat murni wanita ini bertukar tragedi ketika cuba selamatkan kucing terperangkap celah dinding, sekali wanita ini pula tersepit

NIAT murni seorang wanita untuk menyelamatkan seekor kucing menjerat diri apabila dia terperangkap di celah dinding ketika cuba mengeluarkan si bulus itu.

Nguyen Thi Thanh Hoa, 32, tersungkur masuk ke dalam celah ruang dinding yang berkedalaman 20 meter (m) dan berkeluasan 30 sentimeter (sm) antara dua rumah.

Niat murni wanita ini bertukar tragedi ketika cuba selamatkan kucing terperangkap celah dinding, sekali wanita ini pula tersepit

Kejadian dipercayai berlaku di Daerah 10 dekat Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Wanita itu memberitahu dia turun ke dalam ruang tersebut menggunakan seutas tali yang diikat pada tubuhnya namun ia kemudiannya terputus menyebabkan dirinya tergelincir.

Dia terperangkap di dalam ruang yang sempit, dia cuba menjerit meminta pertolongan dalam keadaan panik tetapi jeritannya tidak didengari jiran-jiran.

“Selepas bertenang saya mencapai telefon bimbit di poket seluar dan terus menghubungi talian kecemasan 114,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Bomba dan Penyelamat Ho Chi Minh mengambil masa hampir setengah jam bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa masih sedar namun dalam keadaan lemah,” kata Kapten Panh Cong Hanh.

Thanh Hoa dikejarkan ke hospital dan kucingnya dilaporkan keluar sendiri dari ruang sempit tersebut.

BACA:

Kecoh kes ‘budak intern bukan kuli’, sekali Perdana Menteri buka mulut