NGO buat dakwaan jahat dan tak berasas terhadap pimpinan Amanah

NGO buat dakwaan jahat dan tak berasas terhadap pimpinan Amanah

Masa kami jadi kerajaan, puas dah kami kena fitnah dihasutnya rakyat, bermacam-macam tomahan dan ejekan.

Tapi presiden kami kata, kritiklah kami tapi jangan fitnah kami.

Apa yang terjadi hari ini setelah 33 laporan polis terhadap Mohamad Sabu, Khalid Samad & Dr Dzul?

Ini yang betul-betul kita tak faham. Politik apakah ini sehingga sanggup mengadu domba kononnya 3 orang pimpinan Amanah menghasut rakyat kerana kononnya kami menghasut rakyat?

Apa yang dibicarakan oleh preseiden Amanah dan 2 orang lagi pimpinannya?

Kat mana garis mana ayat mana yang perkataan menghasut itu?

Sebuah NGO mendakwa pimpinan Amanah sibuk berpolitik didalam waktu PKP.

Soal mana satu yang cerita politik itu?

Secara bahasa mudahnya yang tidak berpusing-pusing, Pimpinan Amanah dan beberapa lagi Penerangan parti politik menggesa agar SIDANG PARLIMEN wajar dilakukan selama 2 minggu atau 14 hari.

Kenapa ianya wajar dilakukan selama 2 minggu? Ianya boleh dikawal dengan berlandaskan SOP ketika wabak Covid-19 pandemik ini.

Kenapa mesti takut dan gusar untuk mengadakan sidang Dewan Rakyat selama 14 hari sedangkan MKN telah mengumumkan sudah banyak kelonggaran kepada rakyat Malaysia dan sektor ekonomi agar dapat beroperasi semula.

Maka, ianya juga tidak mendatangkan masalah sekiranya Sidang Dewan Parlimen berlangsung selama 14 hari sekiranya SOP boleh dipatuh.

Hakikat sebenarnya, ada pihak sudah takut dan goyang sehingga sanggup membuat laporan polis bagi mencipta dan mereka cerita kononya pimpinan Amanah/PH menghasut rakyat.

Ianya ditujukan kepada kerajaan PN bukan ditujukan kepada rakyat. Kenapa pula NGO Ummah ini yang menggelupur sehingga berbondong-bondong pergi ke balai polis membuat laporan tak masuk akal?

Dakwaan NGO Ummah lagi, kononnya pimpinan Amanah tidak bersama dengan kerajaan bagi membasmi Wabak Covid-19 malah sibuk berpolitik 24 jam. – (Ini satu dakwaan yang paling jahat mengadu domba yang paling tidak berasas).

Kerajaan PH di Selangor juga salah seorang mantan Menteri Kesihatan iaitu Dr Dzul menubuhkan satu Task Force untuk membantu rakyat di Selangor yang terkena jangkitan wabak pandemik ini. Task force yang ditubuhkan ini sangat komited dilakukan.

Cukup-cukuplah mengadu domba. Cukuplah mengalihkan isu untuk sidang dewan parlimen dijalankan selama 2 minggu atau 14 hari.

Carilah isu lain untuk survival politik kamu supaya tidak menjadi kerajaan yang tersingkat di dunia.

Tapi apa yang terjadi hari ini, berita-berita sensasi yang sering kamu mainkan seperti PEMBUNUHAN ADIB, PENUTUPAN KILANG ARAK DAN JUDI, PEMANDU MABUK, KISAH LGBT sudah lengang ibarat sudah terkena PKP.

Belajarlah jadi kerajaan. Belajarlah untuk mentadbir dan berkerja untuk rakyat. Kalau rasa nak jadi kerajaan lama sedikit tu, belajarlah buat kerja turun kepada rakyat.

Bina dasar baru dan bina sistem baru, laksanakan manifesto yang pernah kamu ungkapkan yang lebih baik dari kerajaan PH sebelum ini.

Kamu ingat pihak Polis nak layan karenah suaka politik kamu yang sengaja mengaitkan dengan pihak Istana? Tidak ada sekelumit pun mencabar atau mengaitkan dengan pihak Istana. Ini semua adu domba politik yang sangat jelik.

Silap hari bulan, laporan polis yang kamu buat itu akan memakan diri kamu semula kerana membuat laporan palsu dan tidak ada kaitan langsung dengan apa yang didakwa.

Sumber:

COMMENTS