Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, menganggap tuduhan kononnya beliau menggunakan duit Perkeso untuk pergi umrah
sebagai satu fitnah yang sangat berat dan sudah melampaui batas. Ini susulan daripada denda sebanyak RM17,500 yang dikenakan terhadapnya
Dan Pengarah Syarikat Bubblebee Sdn Bhd oleh Mahkamah Shah Alam baru-baru ini,
selepas mereka mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan berkaitan kegagalan mencarum Perkeso bagi pekerja mereka.
Berikutan dengan berita tersebut yang mendapat perhatian ramai, ruangan komen di Instagram Shuib dipenuhi dengan kecaman,
termasuk tuduhan yang mengaitkan ibadah umrah yang baru sahaja dilaksanakannya beberapa minggu lalu.
Walaupun komen-komen tersebut dipercayai telah dipadam, balasan dari Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad masih menjadi perhatian netizen.
Dalam hantaran tersebut, Shuib menyatakan bahawa tuduhan itu sudah terlalu jauh dan beliau menganggap ia sebagai fitnah yang amat luar biasa.
“MasyaAllah sedara, jauh sangat ni. Duit umrah pakai duit Perkeso? Semoga Allah ampunkan dosa awak ya, fitnah luar biasa,” tulisnya dalam balasan tersebut.
Sebelum ini, Shuib bersama keluarganya telah mengerjakan ibadah umrah pada penghujung bulan Oktober. Dalam hantaran sebelum berangkat ke Tanah Suci, Shuib memohon maaf kepada orang ramai dan keluarganya sekiranya ada kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan.
Tidak lama selepas pulang dari Mekah, berita tentang Shuib dan pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd yang dikenakan denda RM17,500 kerana gagal mencarum Perkeso bagi pekerja mereka menjadi bualan hangat.
Namun, Shuib menganggap kejadian ini sebagai ujian dalam perniagaan dan beliau mengakui kesalahan tersebut serta telah membayar denda yang dikenakan.
BACA: