Netizen teruja UAI ‘speaking’ dengan minah salleh soal daging korban

Oleh INFORAKYAT

Netizen teruja UAI ‘speaking’ dengan minah salleh soal daging korban. Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha semalam dan perayaan ini disambut bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah.

Ketika Aidiladha, mengedarkan daging di kalangan masyarakat dianggap sebagai bahagian penting dalam perayaan ini. Terbaharu, sebuah video tular di media sosial memaparkan dua minah saleh bertanya tentang ibadah korban.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Ustaz Azhar Idrus secara tenang menjawab soalan daripada minah saleh tersebut berhubung ibadah korban dan menjelaskan kenapa ia dilakukan.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga kerana Ustaz Azhar Idrus berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga memuji Ustaz Azhar Idrus dan mengatakan mungkin lepas ini boleh memberikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris pula.

Netizen teruja UAI 'speaking' dengan minah salleh soal daging korban

mujur ade Ustaz Azhar Idrus, terang pasal qurban ni, ingat minoh salleh ni mari nk tgk ko suasano ja, nye tanya byk…

Posted by Wan Luqman Hakim on Sunday, 10 July 2022

BACA:

Penternak dedah rahsia, beri ayam makan ganja untuk dapat daging empuk

India hadkan eksport daging ke Malaysia, harga mencanak naik

Kecoh kedai runcit letak produk daging babi dan halal di rak yang sama