Netizen terkejut video TikTok hingga RM26,000, lebih baik jadi ‘influencer’ dapat bayaran tinggi

Oleh AHMAD SULAIMAN

Netizen terkejut video TikTok hingga RM26,000, lebih baik jadi ‘influencer’ dapat bayaran tinggi

Influencer atau pemengaruh media sosial yang sering menjadi tempat jenama-jenama besar menggunakan khidmat mereka.

Bagaimanapun, tiada garis panduan berapakah harga yang perlu ditetapkan untuk seorang pemengaruh media sosial?

Dalam perkongsian sebuah laman Facebook Utarmeme, ia berkongsi satu tangkap layar yang menunjukkan seorang pemengaruh media sosial di Malaysia mengenakan harga yang tinggi.

Gambar tersebut menunjukkan tanda harga bagi pakej-pakej yang telah ditetapkan antaranya adalah:

Netizen terkejut video TikTok hingga RM26,000, lebih baik jadi ‘influencer’ dapat bayaran tinggi

1x IG Reels (Instagram) – RM22,000
1x Video TikTok – RM26,000
1x gambar Instagram – RM7,000
1x Instagram Story – RM3,000
1 video YouTube 10 minit disambung dengan Facebook – RM48,000

Harga ini telah menyebabkan kebanyakan netizen terkejut dengan realiti yang bermain di belakang nama ‘influencer’.

Kebanyakan mereka tidak menyangka bahawa video atau gambar yang dimuat naik oleh pemengaruh media sosial tersebut boleh bernilai ribuan ringgit.

Sebahagian pula merasakan bahawa mereka mahu berhenti kerja dan menjadi pemengaruh media sosial kerana bayarannya yang bernilai tinggi.

Baca juga: “Adik-adik ipar berebut-rebut ambil mak suruh jaga cucu, sampaikan mak guna duit sendiri upah pengasuh, akhirnya aku buat keputusan buat mereka masam muka”