Netizen syak Shuib ada skandal dengan Watie sejak 2019, ini respon tuan badan. Pelawak popular, Shuib Sepahtu menafikan suaranya dalam video usahawan, Watie Hanafiah yang sedang bermain golf yang tular dalam aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Tampil menjelaskan, Shuib berkata, tidak adil menuduhnya mempunyai skandal dengan Watie, sebelum Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia lagi.
“Saya menafikan apa yang berlegar dalam media sosial berhubung video yang menunjukkan Watie sedang memukul bola golf dan kedengaran seperti suara saya.
“Ada netizen menuduh saya sudah lama mempunyai skandal dengan Watie sejak 2019.
“Tuduhan ini sangat tidak adil untuk saya mahupun arwah Siti Sarah,” katanya menerusi nota suara dihantar kepada media.
Shuib menjelaskan, video yang dimuat naik bertarikh April 2019, sedangkan dirinya mula memegang kayu golf pada Mei 2020.
“Jika lihat semula tarikh tertera pada video yang tular itu pada April 2019, sedangkan saya hanya mula memegang kayu golf selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Ketika itu, kerajaan memberikan kelonggaran kepada sukan golf, jadi saya buat keputusan mencuba aktiviti baru bagi mengelakkan kebosanan, malah, saya ada menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk menyatakan hasrat berkenaan.
“Netizen yang tidak percaya boleh semak semula gambar yang dimuat naik dalam akaun Instagram,” katanya.
Menjawab suara lelaki yang kedengaran seperti suaranya, Shuib berkata, ia mungkin berlaku secara kebetulan.
“Kalau dengar semula rakaman ini memang perkataan ‘nice’ disebut mirip suara saya, tetapi individu dalam video berkenaan bukan saya.
“Suara memang tak sama langsung. Mungkin satu ayat boleh kedengaran sama, tetapi itu bukan suara saya dan ia sangat kelakar.
“Setakat suara, semua orang boleh tiru dan mungkin ia satu kebetulan yang tidak disangka-sangka,” katanya.
Terdahulu, nama Shuib menjadi bualan netizen dalam aplikasi TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatar belakang suara lelaki.
Rata-rata netizen mendakwa suara dalam video berkenaan adalah Shuib, memandangkan pelawak itu kini sedang digosipkan menjalinkan hubungan dengan usahawan berkenaan.
Gosip hubungan rapat Shuib dengan usahawan berkenaan mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video, baru-baru ini.
Menerusi video itu, pengguna itu mendakwa Shuib dan Watie memakai baju sedondon ketika menghadiri beberapa konsert, baru-baru ini.
Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 2011. Bagaimanapun, arwah Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos, tahun lalu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat COVID-19.
BACA:
Anwar luah zaman Nik Aziz dan Fadzil Noor berbeza dengan Pas sekarang
Puteri Sarah tunjuk whatsapp Yusof Haslam, terkejut lakukan ini dibelakangnya
Dakwaan guru dikerah hadir taklimat pilihanraya, akhirnya Menteri buka mulut