Netizen puji sambutan birthday cucu Billionaire ‘biasa-biasa’ je, kek dan belon je!

Oleh INFORAKYAT

Netizen puji sambutan birthday cucu Billionaire ‘biasa-biasa’ je, kek dan belon je! Sambutan hari jadi ke-2 tahun cucu kepada Billionaire Malaysia iaitu Vincent Tan (Berjaya Corporation Berhad) dan arwah Tan Sri Sheikh Mohammad Nasimuddin (Naza Group) cukup simple!

Menerusi perkongsian Chryseis Tan, beberapa keping gambar anaknya, Arianna Faliq yang memakai gaun pink yang sangat comel.

Dekorasi majlis sambutan hari lahir Arianna atau nama penuhnya Arianna Kayla sangat simple, hanya belon yang menghiasi dinding rumah dan sebijik kek berwarna pink bersaiz sederhana.

Mengimbau kembali sambutan hari lahir pertama Arianna, Chryseis turut memuatnaik beberapa keping gambar lama Arianna dan majlisnya juga cukup simple.

Usahawan cantik ini juga sempat menitipkan ucapan buat cahaya mata tercintanya. Bagi Chryseis, Arianna adalah anugerah terindah baginya.

Netizen puji sambutan birthday cucu Billionaire 'biasa-biasa' je, kek dan belon je!

“Happy happy birthday my sunshine pie! Moga anda membesar menjadi seorang yang baik budi perkerti. Awak adalah anugerah terindah buat kami”

Untuk rekod, Chryseis dan Faliq mendirikan rumah tangga pada tahun 2018. Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group ini pernah menjadi bualan hangat pada tahun 2018.

Susulan berita pernikahan diantara waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, nama kedua-dua pasangan ini mula menjadi carian utama di Google Search.

BACA:

Cara mohon bantuan RM60,000 untuk bina rumah kos rendah

Khabar angin Pan-gon kembali ke Korea Selatan bertiup kencang

Pakar sahkan harga kereta akan mencanak naik, beli sekarang atau ‘never’