Netizen luah rasa teruja instagram PMX guna lagu Kpop ketika lawatan rasmi

Oleh INFORAKYAT

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan.

Menerusi Instagram rasminya, PMX berkongsi momen pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol,

Di mana mereka membincangkan pengukuhan hubungan dua hala meliputi bidang politik, keselamatan, dan ekonomi.

Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah penggunaan lagu-lagu K-Pop popular dalam beberapa hantaran Instagram yang berkaitan dengan lawatan tersebut.

Antara lagu yang digunakan termasuk daripada kumpulan terkenal seperti Girls’ Generation, BTS, dan BigBang.

Netizen luar rasa teruja instagram PMX guna lagu Kpop ketika lawatan rasmi

Peminat K-Pop Teruja

Walaupun hantaran tersebut bertujuan untuk memaparkan lawatan rasmi ke Korea Selatan, ruangan komen di Instagram PMX dihujani dengan reaksi teruja, terutama daripada peminat K-Pop Malaysia.

Ada yang berseloroh meminta PMX membawa kumpulan K-Pop tersebut ke Malaysia untuk mengadakan konsert pada masa akan datang.

“PMX gaya K-Pop ni, harap boleh bawa BTS buat konsert kat sini!” tulis seorang pengguna.

“Lagu Girls’ Generation pun ada, memang terbaik!” tambah yang lain.

Lawatan Diplomatik yang Menghiburkan

Langkah kreatif ini bukan sahaja menarik perhatian rakyat Malaysia tetapi juga menunjukkan pendekatan unik dan santai dalam memperkenalkan elemen budaya popular Korea Selatan sepanjang lawatan rasmi.

Dengan sokongan peminat K-Pop yang meluas di Malaysia, usaha ini pastinya mencipta hubungan lebih erat antara kedua-dua negara, baik dari segi diplomatik mahupun budaya.

BACA: Tindakan Muhyiddin ‘memandai’ umum Azmin sebagai Setiausaha PN bikin Pas tak puas hati