Netizen kongsi pengalaman lalu Highway DASH, dakwa memang jimat masa

Netizen kongsi pengalaman lalu Highway DASH, dakwa memang jimat masa

Netizen kongsi pengalaman lalu Highway DASH, dakwa memang jimat masa. Perdana Menteri kerajaan sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah merasmikan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang sejauh 20.1 kilometer dapat menjimatkan tempoh perjalanan kepada 30 minit semasa waktu puncak dari Persimpangan Puncak Perdana ke Persimpangan Penchala berbanding dengan laluan sedia ada yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit.

Hasil tinjauan di media sosial mendapati netizen yang menjadi pengguna awal DASH berasa sangat gembira kerana ternyata lebuh raya tersebut sangat memudahkan perjalanan mereka.

“Selamat pagi, hari ini saya menggunkan DASH Highway, tiada siapa dapat menjelaskan kegembiraan yang dirasai bagi mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar, dengan purata jam berulang-alik 1.45 hingga 2 jam pada waktu puncak sebelum ini.

“Sekaligus dapat luangkan lebih masa untuk keluarga dan diri sendiri,” kata salah seorang pengguna Twitter.

Netizen kongsi pengalaman lalu Highway DASH, dakwa memang jimat masa

Dalam pada itu, semasa perasmian itu juga Perdana Menteri turut mengumumkan pengurangan tambang tol di 6 lebuh raya utama sekitar Lembah Klang sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

BACA:

Penduduk jadi kecoh air laut tiba-tiba surut, dakwa tsunami besar bakal datang

Kevin Zahri akhirnya buat akuan tentang agama barunya

Tular tandas stesen minyak tiada penghadang, “boleh membuang sambil sembang ni”

CATEGORIES