Netizen gesa Anthony tukar vendor pelekat Road Tax, “baru buka dah terkoyak”. Setiap tahun ramai pengguna pasti meluahkan rasa kekecewaan kerana kualiti pelekat cukai jalan (roadtax) dipercayai semakin teruk, ia lebih mudah terkoyak berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @helliioz666 berkongsi pengalaman kurang baiknya apabila roadtax terkoyak secara tiba-tiba apabila cuba membuka pelekat cukai jalan tersebut.
Mintak tolong @anthonyloke tengokkan lah sekali vendor bangang jpj ni. Baru bukak stiker roadtax dah koyak. Bodoh anjing. Menyusahkan seluruh pemilik kereta dekat malaysia. pic.twitter.com/VSG7XJmHba
— hellioz triquetra (@hellioz666) December 7, 2022
Dalam gambar yang dikongsikan beliau, kelihatan bahagian bucu kiri bawah mempunyai kesan koyak antara bahagian tepi dan bawah.
Ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang lain, menurut mereka walau dibuka dengan cara yang perlahan pun mudah koyak. Apatah lagi kalau dibuka secara kasar.
Orang ramai mengakui kualiti pelekat roadtax semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
I propose the government @anthonyloke consider eliminate the need to display road tax stickers as these cost money. Police officers & authorities can use the internet from their mobile devices to check instead.
— Nazari (@ahmadnashari) December 8, 2022
Dengan pelantikan semula Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, orang ramai meletakkan harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu pelekat roadtax yang mudah terkoyak itu.
Netizen turut mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbang pemansuhan penggunaan pelekat cukai jalan dan digantikan dengan sistem digital yang diguna pakai beberapa negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
Semoga kita semua dapat khabar gembira daripada Menteri Pengangkutan pada masa akan datang.