Netizen dakwa DSV buat pembedahan potong usus, “nampak susut sangat ni”

Netizen dakwa DSV buat pembedahan potong usus, “nampak susut sangat ni”

Netizen dakwa DSV buat pembedahan potong usus, “nampak susut sangat ni”. Satu hantaran yang dimuat naik usahawan sensasi, Datuk Seri Vida mencuri perhatian wargamaya.

Ini kerana, figuranya yang tampak lebih kurus dan langsing berbanding sebelumnya.

Malah, penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi ruangan kapsyen turut berkongsi seolah-olah tubuhnya kian susut.

“Turun berat badan salah, berisi lagilah salah… semua tak kena,” tulis Vida ringkas.

Netizen dakwa DSV buat pembedahan potong usus, "nampak susut sangat ni"

Justeru, para peminat meninggalkan komen yang memuji penampilan ahli perniagaan ini yang tampak lebih segar selain lebih menawan.

Malah, ada individu yang bertanya mahukan kepastian sama ada Vida ada melakukan pembedahan bariatrik atau lebih popular dengan panggilan pembedahan ‘potong usus’ demi memiliki berat badan ideal.

“Datuk buat bariatric surgery ke? Wah tak lama lagi slim melim laa kan lagi cun,” tanya pengikutnya.

Namun, ia dinafikan Vida bersama balasan ringkas.

“Tak… No no,” responnya.

Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima lebih 5,000 tanda suka.

BACA:

Kru penerbangan terpaksa sedia 6 kerusi untuk wanita paling tinggi dunia baring

‘Miskin tapi kaya jiwa’, pemilik rumah setinggan ini dipuji pembersih walaupun hidup susah

Eyka Farhana belanja gambar ‘berahi’ buat hidung netizen berdarah

CATEGORIES