Tular sebelum ini mengenai dakwaan seorang selebriti ‘putih gebu’ yang diburu Bank Negara
Gara-gara terlibat dengan jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).
Berikutan tularnya berita tersebut, ramai netizen mula meneka siapakah artis yang dimaksudkan media hiburan itu.
Antara selebriti yang terkena tempias kontroversi itu adalah pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha.
Maklum namanya ‘dipetik’ sesetengah netizen, Daiyan dilihat ada meluahkan perasaan sedih dan seolah-olah menafikan dakwaan itu.
Menerusi satu hantaran di aplikasi X, Daiyan ada menulis pantun yang memberi maksud keburukan fitnah.
Terdahulu, media hiburan memaklumkan seorang selebriti wanita kini sedang dalam pemantauan bank negara kerana mempunyai kekayaan luar biasa sehingga menimbulkan syak wasangka.
Selebriti itu dikatakan sering menayang gaya hidup mewah di media sosialnya.
BACA: Balfour 1917, ini kisah permulaan kekejaman kepada Palestin bermula, semua ada kaitan dengan British