Netizen cadang Timb Menteri dipecat, gaji boleh guna tampung frontliners

Netizen cadang Timb Menteri dipecat, gaji boleh guna tampung frontliners

1228 kes baru. Ramai terkedu.

TanSri Dr Norhisham umum juga lebih seribu penjawat awam KKM lantikan kontrak akan lapor diri Rabu ini. Satu langkah tepat di saat genting ini.

Jumlah pahlawan di medan dinaikan. Kita perlukan lebih ramai orang berkerja di lapangan, berbanding orang kayangan yang kadang cakapnya terlebih ‘sembang’.

Saat ini juga, jumlah orang atasan wajar dikecilkan. PM wajar kecilkan saiz kabinetnya, timbalan menteri yang tak berfungsi hentikan terus, dari membayar puluh ribu setiap bulan kepada ahli politik yang membebankan, baik duit disalurkan ke dana melawan covid yang kini dikatakan ‘darurat’.

Gaji timbalan menteri seorang, boleh bayar gaji frontliner 10 orang , lagi berbaloi.

Setakat tampal gambar dekat poster buat ucapan selamat hari keraian dan sebagainya, buat bazir duit sahaja.

Biar ahli politik rasa ‘darurat’.

Rakyat sudah meluat.

Sumber :

COMMENTS