Netizen berteka-teki anak VIP mana nak kahwin, tiba-tiba SOP benarkan di dewan dan hotel

Netizen berteka-teki anak VIP mana nak kahwin, tiba-tiba SOP benarkan di dewan dan hotel

SATU lagi berita baik buat bakal raja sehari! Sebelum ini di Pantai Timur, kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan majlis akad nikah dihadiri 20 individu ketika tempoh PKP berbanding tujuh orang sebelum ini.

Terbaharu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pula mengeluarkan kebenaran untuk mengadakan majlis akad nikah di premis yang disewa seperti hotel, dewan dan butik pengantin berkuat kuasa hari ini.

Ya! Seperti apa yang dikongsikan JAWI di laman Facebook rasmi mereka, ketetapan baharu itu berdasarkan kemas kini Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh JAWI adalah seperti :

Premis yang disewa untuk majlis akad nikah (seperti hotel/dewan/butik pengantin/tempat tertentu) dibenarkan untuk majlis akad nikah.

Kehadiran ke majlis akad nikah di premis tersebut hendaklah tidak melebihi 50 peratus keluasan kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter dan mengikut SOP Am Pelaksanaan Majlis Sosial sebagaimana yang dibenarkan oleh MKN.

Kehadiran ke majlis akad nikah di JAWI dan masjid-masjid dalam tempoh PKP dan PKPB hendaklah tidak melebihi 30 orang termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, jurunikah, wali, dua (2) orang saksi dan seorang jurugambar.

Jumlah kehadiran ini juga tertakluk kepada keluasan tempat berkenaan.

Selain itu, terdapatt juga beberapa syarat khusus yang perlu dipatuhi. Antaranya adalah seperti :

Pihak yang terlibat dalam akad nikah juga mestilah tidak mempunyai gejala, bukan kontak rapat kes positif Covid-19, bukan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengantin lelaki dan perempuan serta wali mereka diwajibkan menjalani ujian ‘swab test’ terlebih dahulu.

Keputusan ujian yang disahkan negatif hendaklah diserahkan kepada JAWI sebagai bukti untuk membolehkan majlis akad nikah diadakan.

Semua pihak juga diingatkan untuk membuat pemeriksaan suhu badan di pintu masuk, mendaftarkan kehadiran menggunakan imbasan QR code melalui aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Garis panduan itu berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan pada amasa akan datang.

 

Berita Penuh :https://negaramerdeka.com/majlis-akad-nikah-dibenarkan-di-dewan-dan-hotel-netizen-syak-ada-anak-menteri-akan-bernikah-dalam-masa-terdekat/