Netizen berang masalah pencemaran air berulang lagi

Netizen berang masalah pencemaran air berulang lagi

Gangguan bekalan air di Selangor nampaknya semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Selesai satu, datang lagi satu… bagaikan tiada pengakhirannya.

Tidak sampai sebulan, ribuan penduduk di Lembah Klang kembali mengeluh apabila sekali lagi pencemaran sungai berlaku. Dan natijahnya, tiada bekalan air buat lebih 1 juta akaun pengguna!

Masalah itu membuatkan warganet berang dan keluarlah macam-macam ayat di media sosial, Twitter khususnya, yang dilihat agak ‘nakal’.

Seperti ciapan daripada Najwa Mutalib (@najwamutalib): “Air dekat Selangor ni dah boleh pergi jumpa ustaz kot asyik kena gangguan je..”

Ternyata ciapan itu mencuit hati warganet selepas tulisan itu mendapat puluhan ribu tanda suka dan puluhan ribu juga ulang kicau.

Ciapan hampir sama juga dimuat naik Akmal Kamarul (@akmalkamarul98): “Air selangor tak nak cuba cari ustaz untuk rawat ke? Asyik kena gangguan je.”

Dalam pada itu, wartawan Astro AWANI, Fauzi Suhaimi yang pergi ke Sungai Gong di Rawang mendapati muncul bau kurang enak dipercayai bau minyak dari lokasi tersebut.

Menurutnya, Sungai Gong juga berhampiran dengan kawasan perindustrian seperti kilang, kedai dan sebagainya.

Bahkan, katanya, hasil tinjauan turut mendapati saliran longkang yang menghubungkan kawasan perindustrian ke sungai juga aktif selain dikesan mempunyai warna kemerah-merahan.

Pastinya, selagi gangguan bekalan air ini tidak selesai, netizen akan terus bercakap mengenainya kerana “mereka sudah terlalu penat”.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/asyik-kena-gangguan-mungkin-air-selangor-perlu-berubat-netizen-berang-masalah-air-berulang-264190

COMMENTS