Perkenalan hanya melalui media sosial tanpa bertemu menjadi asbab mengapa ada individu tidak kira lelaki atau wanita untuk senang diperbodohkan,
Siapa sangka niat murni mahu menyunting ‘bunga’ di taman berakhir dengan kekecewaan selepas ternyata yang dicinta adalah kumbang.
Seorang pekerja dari sebuah syarikat perlombongan terpikat dengan seorang gadis dan nekad mahu mengahwininya.
Namun malangnya, bakal isterinya ‘kantoi’ bukanlah wanita sejati, sebaliknya adalah lelaki yang sudah berusia.
Bukan setakat identiti dipalsukan, malah pelaku juga meminta hantaran bernilai 50 juta rupiah (RM15,280) daripada mangsa.
Menurut Tribun Jatim melaporkan, wang tersebut digunakan lelaki itu untuk beli keperluan harian dan bermain loteri.
Lebih menyedihkan identiti sebenar ‘wanita’ itu adalah seorang lelaki berusia 53 tahun dan menipu lelaki lain menggunakan media sosial, Facebook.
Akhirnya kegiatan tersebut terbongkar dan suspek ditahan polis di kediamannya di Tinggimoncong, Gowa di Sulawesi Selatan (Sulsel), Indonesia, pada Jumaat lalu.
Memetik laporan Kompas, Polis Sulsel bahagian jawatankuasa jenayah siber, AKP Iqbal Usman E berkata, suspek menggunakan gambar profil wanita bertudung.
Malah suspek turut menggunakan nama akaun Facebook seperti wanita, untuk menipu mangsa, selain mengakui dirinya berusia lingkungan 20-an dan bersedia untuk berkahwin.
“Mangsa berusia 35 tahun, berasal dari Makassar dan kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut,” kata Iqbal.