Neelofa umum sesuatu yang tak dijangka mengenai anaknya

Neelofa umum sesuatu yang tak dijangka mengenai anaknya

Neelofa umum sesuatu yang tak dijangka mengenai anaknya. Usia anak sulungnya kini sudah mencecah lapan bulan, selebriti popular Neelofa berkata dia terbuka untuk mendedahkan Muhammad Bilal kepada umum tidak lama lagi.

Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata juga mahu anak kesayangannya itu membesar secara normal seperti mana kanak-kanak yang lain.

“Setakat ini Alhamdulillah Bilal membesar dengan baik. Sebagai ibu saya teruja untuk berkongsi yang dia sekarang sudah pandai merangkak.

“Ya saya sedar ada yang masih mempertikaikan mengenai wajah Bilal di media sosial, jadi bahan gurau dan sebagainya. Tapi saya percaya di dalam komen tersebut juga terselit doa kesejahteraan anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, Neelfa berkata dia tidak akan menghalang jika ada peminat mendekati untuk melihat wajah Bilal jika terserempak di tempat awam.

Neelofa umum sesuatu yang tak dijangka mengenai anaknya

“Sebolehnya saya tak mahu sekat pembesaran dia, biarlah sama dengan kanak-kanak lain. Malah, tidak lama lagi saya dan suami akan bawa dia melancong buat pertama kali.

“Saya pun akui dia akan terdedah dengan persekitaran luar. Saya pun tak halang kalau ada sesiapa terserempak lalu tatap wajahnya. Cuma kebanyakannya faham dan menghormati privasi,” katanya.

BACA:

Neelofa masih rahsiakan wajah Bilal, netizen mengamuk di media sosial

Bajet 2023: Penjawat Awam bakal dapat bonus sebulan gaji?

Laporan dedah 10 rahsia Ratu Elizabeth II panjang umur

CATEGORIES