Neelofa datang gelanggang futsal pakai tudung sarung, sekali lain pula yang netizen perasan

Neelofa

Neelofa datang gelanggang futsal pakai tudung sarung, sekali lain pula yang netizen perasan. Sebut saja nama Neelofa pasti ramai tahu apa saja mengenai selebriti popular itu pasti akan menjadi perhatian ramai dan bualan di media sosial.

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna apabila memuat naik video memaparkan selebriti berada di sebuah gelanggang futsal untuk memberi sokongan buat suaminya, PU Riz yang bermain pada malam itu.

Apa yang menjadi perhatian ramai adalah penampilan biasa Neelofa yang dilihat hanya mengenakan baju t-shirt berwarna merah serta tudung sarung berwarna hitam.

@seorangnur Hahahaha. Mahal pak ustad bayar untuk kehadiran penyokong ni 🤣 Comeyy je Lofa 😂 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Turut kedengaran, Neelofa sempat berseloroh mengatakan kehadirannya untuk memberikan sokongan kepada suaminya adalah berbayar.

Neelofa

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan penampilan Neelofa seperti cikgu Pendidikan Jasmani yang turun ke padang.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pertama kali mereka melihat penampilan Neelofa seperti itu namun tetap cantik meskipun tampil berbeza dan biasa.

BACA:

‘Bercuti di Thailand ni semua murah, bukan macam Malaysia banyak scam’

Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku

Ini senarai terkini wanita paling cantik dunia, “asal negara jiran kita je”

CATEGORIES