Neelofa buat trend ‘abang bomba selamatkan saya’ jadi bahan ketawa

Oleh INFORAKYAT

Neelofa buat trend ‘abang bomba selamatkan saya’ jadi bahan ketawa. Fenomena ‘bomba sado’ masih dirasai sehingga kini, apatah lagi terdapat audio ‘Abang Bomba Selamatkan Saya’ digunakan oleh pengguna media sosial bagi menghasilkan pelbagai video.

Begitu juga dengan usahawan dan selebriti popular, Neelofa apabila menggunakan audio tersebut ketika melakonkan situasi seolah-olah jarinya tersepit pada bahagian pintu.

Video dikongsi kelab peminat, @lofa.world di aplikasi TikTok itu memaparkan selebriti berusia 33 tahun tersebut kononnya ‘menjerit’ meminta pertolongan daripada anggota bomba.

Geram je tengok dua orang ni!

@lofa.world geram je tengok 2 org ni🤣 #Neelofa #HarisNeelofa #InnaiNunha #FYP 🎥@nunha.co ♬ original sound – lofa.world

Neelofa buat trend 'abang bomba selamatkan saya' jadi bahan ketawa

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas itu, bukan anggota bomba tiba tetapi suaminya yang juga pendakwah bebas Haris Ismail datang ‘menyelamatkan’ situasi cemas berkenaan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gurauan bekas pengacara MeleTOP itu selain memuji suaminya yang turut melayan trend di media sosial.

Panggil abang bomba tapi encik suami yang datang

Sekali pak ustaz daaa…

Lawak! Suami pun layan je

Nasib tak kena sekeh

Dah la sweet, kelakar pula tu!

Bercakap tentang jari, sebelum ini ada individu mengkritik produk inai keluaran Neelofa dengan mengatakan warnanya seperti ‘lebam’ dan tersepit pintu.

BACA:

Jabatan Penjara buka mulut dakwaan Najib duduk dalam rumah pegawai kanannnya

Rauf dedah projek laluan Melaka – Indonesia akan dibina

Ini senarai bantuan yang rakyat Malaysia akan terima bulan September ini