Nasihat orang bukan main diri sendiri tak kuarantin, teruk Takiri disekolahkan

Nasihat orang bukan main diri sendiri tak kuarantin, teruk Takiri disekolahkan

Pandai update kat facebook, tapi diri sendiri tak patuh.

Dari Facebook Ust. Dr. Khairuddin At-Takiri:-

Kluster Sivaganga COVID 19 : Napoh- Kubang Pasu

Istilah yang memecah kesunyian tanah air.

Napoh, Megat Dewa dan Padang Sanai.

Biasanya Napoh terkenal kerana ada Jo Cendol Pulut. Tetapi sejak dua menjak ini, Nasi Kandar Salleh telah mengambil ranking sebagai mercu tanda baharu pekan Napoh.

Popularnya pekan Napoh adalah disebabkan munculnya kluster baharu Covid 19 yang dikenali sebagai Kluster Sivaganga.

Oleh kerana saban hari orang menyebut Sivaganga, maka ada yang menganggap Sivaganga adalah nama pemilik kedai Nasi Kandar Salleh. Bahkan ada yang menyangka Sivaganga adalah nama tempat di Napoh.

Sivaganga adalah nama sebuah daerah di India yang merupakan tempat asal pemilik kedai Nasi Kandar Salleh.

Walaupun nama yang popular adalah nama โ€œSallehโ€, tetapi โ€œSallehโ€ yang merupakan pengasas Nasi Kandar Salleh tiada kena mengena didalam hal ini. Ini kerana, restoran Nasi Kandar Salleh yang beroperasi kini dimiliki oleh generasi seterusnya iaitu Nizar Mohamed Shaburbatha.

Beliau yang baru pulang daripada kampung di Sivaganga, ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ด๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ถ โ€œ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถโ€ yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Bahkan kelihatan gambar beliau bergelang merah jambu duduk dimeja makan restoran beliau viral di media sosial.

Bermula dengan seorang, dua dan kini telah mencecah lebih 20 orang ianya cukup untuk menggegarkan tanah air.

Puncanya apa?

๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฆ๐—ข๐—ฃ.

Sekali lagi.

๐—š๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—น ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ถ ๐—ฆ๐—ข๐—ฃ.

Orang mula kenal apa itu Sivaganga, Napoh, Megat Dewa, Mukim Ah, Hosba dan sebagainya.

Ada juga yang mula trauma jika mengetahui kami adalah orang โ€œKubang Pasuโ€.

Bahkan ada yang โ€œdikuarantinkanโ€ kerana diklasifikasikan kawasan tak selamat.

Jika ke luar kawasan dan diberitahu datangnya daripada Kubang Pasu, sudah tentu ada yang akan cuak. Tetapi ketahuilah Daerah Kubang Pasu itu luas. Lebih luas daripada โ€œjirannyaโ€, iaitu Negeri Perlis.

Jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID 19. Amalkan jarak fizikal, pakai pelitup muka dan pastikan kita sentiasa mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Insya Allah, Kubang Pasu masih selamat.

Doakan kami semua selamat.

Kredit : Faisal Mustaffa

Sumber :

COMMENTS