Nasihat kejam Shah Rukh Khan, buat Kajol fikir semula dari berhenti berlakon

Oleh AHMAD SULAIMAN

Baru-baru ini, Kajol mengenang semula perjalanan kariernya sebagai pelakon.

Dalam temubual bersama India Today, beliau mendedahkan bahawa pernah terfikir untuk berhenti berlakon selepas filem ketiganya, ‘

Udhaar Ki Zindagi’. Keputusan itu diambil kerana rasa bosan dan kepenatan dengan dunia lakonan.

Kajol turut menceritakan bahawa Shah Rukh Khan (SRK) telah menyedari keluhannya dan mendorongnya untuk terus berlakon serta mengejar minatnya dalam bidang ini.

“Saya masih sangat muda, mungkin berusia 17 atau 18 tahun ketika itu.

Nasihat kejam Shah Rukh Khan, buat Kajol fikir semula dari berhenti berlakon

Saya ingat selepas filem ‘Udhaar Ki Zindagi’, SRK berkata, ‘awak perlu belajar bagaimana nak berlakon’,” katanya.

Walaupun merasa puas dengan kerja yang telah dilakukan, Kajol mengakui selepas filem ketiganya, dia memberitahu ibunya bahawa dia tidak mahu lagi melibatkan diri dalam adegan atau lagu-lagu yang banyak.

Namun, nasihat SRK membuatkan dia berfikir semula. “

Apa yang dia cakap? Saya telah melakukan kerja yang hebat! Tetapi selepas ‘Udhaar Ki Zindagi’, saya beritahu ibu saya saya tak boleh lakukannya lagi,” kata Kajol.

Nasihat SRK akhirnya membawa perubahan besar dalam keputusan Kajol. Selepas itu, dia menandatangani beberapa filem lain seperti ‘Gunda Raj’ dan ‘Hulchul’.

“Saya terus membuat filem-filem seperti itu. Dan saya menandatangani empat filem lagi termasuk ‘Gunda Raj’, ‘Hulchul’, dan banyak lagi.

Sejak itu, saya mula belajar teknik lakonan yang lebih mendalam,” katanya.

BACA: 70 jam rundingan, Volkswagen batal pemotongan gaji 10% raih pujian