Biasanya, nasi lemak disajikan dengan lauk seperti sambal tumis, telur rebus potong, ikan bilis, kacang goreng, dan timun dalam satu hidangan yang lazim.
Namun, ada kalanya penjual nasi lemak turut memberikan pilihan untuk menambah lauk-lauk lain seperti ayam, ikan, sotong, paru, kerang, dan sebagainya.
Dalam satu perkongsian menarik, seorang lelaki mengalami pengalaman luar biasa apabila membuka bungkusan nasi lemak yang baru dibelinya.
Ketika hendak menikmati hidangan tersebut, tiba-tiba sahaja dia mendapati sebuah plastik kecil yang berisi duit RM5 di dalamnya, menyebabkan lelaki tersebut terkejut.
Lelaki ini segera berkongsi penemuannya dengan isterinya. “Nasi lemak ini dibeli oleh rakan isteri. Dia beli enam bungkus. Bila dibuka, terdapat duit, saya terkejut.
Saya terus menghantar gambar dan bertanya isteri, apa maksudnya? Bini saya menjawab mungkin peniaga tersebut ingin bersedekah kerana duit itu diletakkan dengan baik dalam plastik, mungkin untuk mengelakkan kotoran akibat sambal,” katanya.
Menurut isterinya, rakan mereka telah membeli nasi lemak dari gerai yang sama sebanyak tiga kali, dan ini adalah kali pertama ditemui duit terselit di dalamnya.
Peniaga nasi lemak itu dipercayai telah melakukannya dengan niat untuk bersedekah. Hal ini dapat dilihat dari cara duit tersebut diletakkan dengan rapi dalam plastik kecil yang terselit di dalam bungkusan nasi lemak.
“Dalam enam bungkus, saya yang bertuah kerana mendapat RM5. Saya anggap ini adalah hari bertuah untuk saya. Peniaga itu, pada masa yang sama, mungkin ingin beramal sedikit semasa berjual beli. Saya berdoa agar perniagaannya terus maju,” tambah lelaki ini dengan penuh syukur.
Baru-baru ini, seorang netizen juga berkongsi pengalaman serupa apabila mendapati selembar nota RM5 dalam nasi lemak yang dibelinya.
BACA: ‘Kalau dah jodoh tak kemana’, lelaki usia 86 tahun bergelar pengantin selepas setahun mengurat