‘Nasi Lemak ‘mendunia’, laku keras di pasar tani Hawaii tapi orang Malaysia tak boleh makan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Siapa sangka juadah nasi lemak dapat membuat seorang mat saleh ini menjadi obses

Dengan rasanya hingga membuka sebuah kedai khusus menjual nasi lemak di sebuah pasar seni.

Melalui platform TikTok, baru-baru ini, seorang warga tempatan mengunjungi sebuah pasar tani di Honolulu, Hawaii, dan berjaya menemui kedai yang menjual nasi lemak.

Individu tersebut berasa bangga kerana juadah Malaysia itu mampu ‘menapak’ di Hawaii, yang terletak beribu-ribu kilometer dari tempat asalnya.

Apabila ditanya mengapa dia menjual nasi lemak, peniaga yang dikenali sebagai Cef Andrew berkata dia diperkenalkan kepada juadah tersebut ketika berada di New York sekitar 16 hingga 17 tahun yang lalu.

'Nasi Lemak 'mendunia', laku keras di pasar tani Hawaii tapi orang Malaysia tak boleh makan

“Saya bekerja dengan seorang chef bernama Zachlazio, yang memiliki sebuah restoran makanan Malaysia. Dialah yang memperkenalkan nasi lemak kepada saya. Sejak itu, saya mula obses dengan rasa yang berasal dari Malaysia,” ujarnya.

Andrew juga menambah bahawa makanan ini mempunyai warna yang cerah dan vibran, dicampur pula dengan pelbagai rasa seperti manis, masin, pedas, dan masam, menjadikan nasi lemak juadah yang sempurna.

Kata Andrew lagi, juadah ini merupakan yang terbaik di Hawaii, tetapi tidak ramai penduduk yang tahu tentang nasi lemak. Namun, setelah dia memberikan sampel, itu sudah cukup untuk menarik mereka kembali untuk menikmati nasi lemak yang dijual.

BACA: Tak perlu pening pinjam bank, masuk rumah dulu bayar kemudian dengan SPaylater