Nash derita sakit urat, tiba-tiba tak boleh bergerak

Nash derita sakit urat tiba tiba tak boleh bergerak

Nash derita sakit urat, tiba-tiba tak boleh bergerak. Penyanyi, Datuk Nash, 63, meminta rakan-rakan dan peminat mendoakan keadaannya yang sukar bergerak akibat tersalah urat agar kembali pulih.

Menerusi Facebook, Nash berkata, dia baru pulang dari Sarawak semalam dan terus menghadiri jemputan kahwin anak rakannya di sini.

“Saya datang agak lewat sikit. Sebelah malam pula ada lagi satu jemputan kahwin Aizat di Bandar Sungai Long, Kajang. Itu yang macam nak cepat-cepat siap.

“Tiba kat rumah dah nak masuk waktu Maghrib. Saya pun ambik wuduk sambil berdiri dan bila membongkok nak basuh lengan tangan, pinggang saya terus tersentap dan terus tak boleh berdiri tegak.

“Sakitnya Allah sahaja yang tahu. Seluruh badan saya ‘cramp’ (kejang), kaki tak boleh gerak. Panggil anak saya untuk bantu saya berjalan. Solat Maghrib terpaksa guna kerusi,” tulisnya.

Nash derita sakit urat tiba tiba tak boleh bergerak

Menurutnya, sebaik selesai solat, dia meminta anak dan menantu menghantarnya ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

“Doktor terus bagi suntikan supaya saya rasa lega. Sekarang ini masih sakit, jalan macam orang umur 90 tahun. Allahuakhbar, doakan saya cepat sembuh ya. Banyak lagi tugasan yg belum selesai. Amin,” katanya.

BACA:

Rafizi akhirnya bersuara sebab Anwar jadi Menteri Kewangan

Khai Bahar tinggalkan peminat semata-mata nak tengok Hawa live

“Tak penat ke jadi muda?” – Amy Mastura rupanya dah usia 51 tahun

CATEGORIES