Ada masa di mana kita malas untuk menyimpan nombor telefon seseorang dalam telefon bimbit,
Tetapi terpaksa melakukannya kerana perlu menghantar mesej melalui WhatsApp kepada individu tersebut.
Namun, jangan risau kerana sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menghantar mesej WhatsApp
kepada seseorang tanpa perlu menyimpan nombor telefon mereka dalam telefon pintar.
Cara-cara ini telah dikongsi oleh warganet baru-baru ini untuk memudahkan orang ramai melakukan perkara tersebut.
Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai cheajibsayang di X (dahulunya Twitter) bertanya tentang cara untuk menghantar mesej WhatsApp kepada seseorang tanpa perlu menyimpan nombor telefon tersebut terlebih dahulu.
Tahukah anda, di aplikasi WhatsApp, anda boleh menghantar mesej kepada seseorang tanpa perlu menyimpan nombor telefon mereka?
Caranya adalah dengan membuka aplikasi WhatsApp, pergi ke Chats, kemudian tekan simbol +.
Kemudian, masukkan nombor telefon individu yang anda ingin hantar mesej WhatsApp.
Dengan cara ini, anda dapat menghantar mesej tanpa perlu menyimpan nombor telefon mereka terlebih dahulu.
Selain itu, boleh juga guna cara ini.
Kalau nak guna aplikasi Mesej Je pun boleh jugak.
Ada banyak cara rupanya kan…
BACA: Separuh hidup berbakti dengan mak ayah, tapi bila kakak balik kampung aku terus di jadikan hamba