“Nak tengok apa lagi alasan DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang untuk banteras peniaga Rohingya”

“Nak tengok apa lagi alasan DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang untuk banteras peniaga Rohingya” Selepas tular menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap peniaga Rohingya di Pasar Borong Selayang

Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain menyatakan akan membuat ‘terjahan’ di beberapa tempat termasuk lokasi sama.

Menurutnya, ‘terjahan’ itu bagi membuka mata kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) bahawa lambakan pendatang asing seperti peniaga Rohingya mengancam peniaga tempatan selain masyarakat setempat.

"Nak tengok apa lagi alasan DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang untuk banteras peniaga Rohingya"

Dia juga mahu melihat sejauh mana PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memberikan alasan untuk membanteras peniaga Rohingya.

“Kenapa tidak boleh selesai? Mereka ada penguat kuasa di situ. Mereka tahu Rohingya ini berniaga waktu jam 2 dan 3 pagi.

“Kenapa mereka tidak melakukan serbuan? Kenapa mereka tidak letak pegawai mereka di situ?” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Sebelum ini, Mohd Sophian bertindak berani apabila lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan tegas terhadap warga asing berniaga di sekitar Pasar Selayang, Selangor.

Keberaniannya itu menjadi bualan warga maya selepas videonya berdepan peniaga warga asing tular di media sosial.

Mohd Sophian berkata, perkara yang perlu dilakukan oleh DBKL dan MPS adalah dengan meletakkan khemah sementara seperti dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan tertentu.

“Macam itu juga di Pasar Borong Selayang ini. MPS ke, DBKL ke, saya rasa dua-dua itu perlu buat. Sebab apa, MPS akan beri alasan yang (kawasan) ini selepas sempadan DBKL, DBKL pula akan memberi alasan serupa.

“Saya nak cadangkan di sini, MPS dan DBKL kena letak satu khemah dan pantau di situ 24 jam.

“Dia mesti ada unit barulah tindakan ini akan selesai. Kalau tidak ada, selagi itu tidak akan selesai,” katanya.

BACA:

“Saya kena tipu la”, Agong murka? Diperdaya lelaki botak

Masa jual ‘claim’ apartmen kalis gempa bumi, tetapi lain pula yang jadi