Nak marah..tapi kena sabar”, anak buat ikan macam mainan jadi perhatian.
Ini disebabkan mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Jadi, tidak hairanlah jika tiba-tiba mereka bertanya atau meminta perkara yang bukan-bukan. Sampai peninglah kepala ibu bapa nak melayan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita pasrah dengan gelagat anaknya membawa ikan jalan-jalan telah mencuit hati ramai.
“Nak marah..tapi kena sabar”, anak buat ikan macam mainan jadi perhatian
Tak mahu anak mengamuk, mak terpaksa relakan ikan dijadikan mainan
@atikahnizan_Sabar !
Menerusi video yang dimuat naik oleh @atikahnizan_, kelihatan seorang budak lelaki yang baru lepas menangis sedang bermain dengan ikan yang sudah mati.
Budak lelaki tersebut kemudian dilihat membawa ikan itu mengikutnya jalan-jalan naik kereta. Apa yang lebih melucukan adalah apabila cara dia memegang ikan tersebut seolah-olah memegang mainan.
Menurut ibu budak lelaki tersebut, dia terpaksa merelakan situasi itu kerana risau anaknya mengamuk.
“Jimat duit mak ayah tak payah beli mainan yang berpuluh-puluh, beratus-ratus harganya” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.5M views, 139.1K likes dan 3.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak itu membawa ikan jalan-jalan.
BACA: Rezeki terpijak, lelaki ini jackpot bila mesin ATM rosak ‘muntahkan’ duit RM10000