Pelbagai taktik dilakukan pelanggan licik yang mahukan makanan percuma, termasuklah dengan melakukan penipuan.
Sebelum ini pernah tular pelanggan berpura-pura terkena serangan jantung ketika selesai makan untuk elak membuat pembayaran bil.
Terbaru adalah taktik meletakkan lipas ke dalam pinggan restoran untuk makanan percuma,
Menurut Oddity Central, sebuah keluarga di Mexico dikenal pasti sebagai penipu selepas meletakkan lipas dalam pinggan makanan mereka.
Perbuatan empat sekeluarga itu hanya terbongkar selepas pengurusan sebuah restoran di Puerto Chale, Guadalajara melihat semula rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).
Jelas terlihat dalam rakaman bahawa wanita berambut perang mengeluarkan bekas kecil dari dompetnya.
Dia cuba kemudian cuba mengalihkan ‘objek’ di dalam bekas ke atas pinggan, terlihat seekor lipas yang enggan keluar dari bekas tersebut.
Tidak mahu menunggu lama, wanita itu menggunakan garfu dan memaksa lipas tersebut keluar dari bekas dan jatuh ke atas pinggan.
Tidak hanya itu, keluarga tersebut kemudian berpura-pura terkejut dan memanggil pelayan konon marah akan kehadirang lipas tersebut.
Selepas membuat pengaduan, mereka bergegas keluar tanpa membuat pembayaran, malah meminta makanan mereka dibungkus.
Bimbang ia adalah satu taktik, pihak pengurusan restoran memuat naik klip video itu di internet sebagai peringatan kepada pemilik perniagaan lain.
Baca juga: Netizen terharu pemuda Palestin buat mural khas sempena kemerdekaan Malaysia